Cinta,
Ada yang mempelajarinya,
Ada juga yang menghayatinya,
Ada juga yang mempergunakannya,
Ada juga yang memahaminya dengan dalam,
Dalam keadaan sedar; mungkin juga tidak sedar,
Lahirlah ego sebagai sifat,
Sekiranya, ada yang memerhatikannya,
Biarlah ia berlalu seperti proses menyesuaikan diri dengan alam semula jadi,
Agar benih sentiasa kelihatan putih; cuma kiasan,
Sudut sana ada banyak buku,
Mungkin boleh dijadikan bekalan jiwa,
Supaya aman sentiasa,
Mencapai yang tidak pasti kerana kurang keyakinan,
Belajarlah untuk mengajar,
Elakkan kurang, dan elakkan juga lebih,
Sederhana, itu memadai,
Agar manusia selepasmu tidak terluka,
Dan bunga akan terus mekar seperti yang di-impikan oleh Nya.