Mar 13, 2011

Aku seperti rajin

"Aku penulis yang rajin" Ini bukan aku ...

Aku sungguh pelik dengan sikapku ini, mungkin aku suka berkata-kata kepada yang ingin berdengar-dengar,
Aku bukan punya satu blog, tapi aku ada 3 blog official dan sedikit unofficial blog yang aku jarang buat tulisannya. Agak susah juga jika mempunyai blog yang banyak(bukan sebab duit). Blog aku yang selebihnya menjadi tempat penulisan berterusan yang menjadi nota-nota kecil aku tentang perkara yang aku lihat, dulu aku suka bawa notepad bersama dengan  aku, dikala aku bosan aku akan melukis tapi aku ada habit yang luar biasa iaitu bermain dengan rambut, pernah sekali aku ditegur oleh pensyarah aku, wakakkaa .. satu dewan dengar. 

Mungkin dari dulu lagi aku suka menulis lebih-lebih lagi sejarah, sejarah memang subjek kegemaran aku kerana aku mempunyai sikap ingin tahu, seperti yang aku katakan dulu "Aku bukan genius tapi aku ingin tahu". Dari situ lah bermula sikap ingin tahu, aku masih ingat lagi, dulu aku suka  mencipta formula matematik sendiri tapi aku tak kongsi dengan kawan aku pun, hahahhaa. Tapi sekarang aku mulai kurang minat terhadap nombor, kalau nombor "1+1=2" aku memang suka sebab ianya penting untuk mengira wang. (aku bukan mata duitan, aku cuma tidak mahu ditipu)

Baru tadi aku ada memberitahu yang aku juga suka mengungkit perkara silam, aku terungkit sudah. Ini memberitahu aku bahawa kisah silam terungkit secara semula jadi. 

"Jika anda suka menulis jangan dibataskan penulisannya, tulis sahaja, tutup mata jika ditegur, teruskan semula sampai anda rasa anda puas"

No comments: