Mar 4, 2011

Asap dikias-kias menjadi cerita pendek


Kabur kerana jiwa yang masih samar-samar


Ada yang pedih,
Ada yang suka,
Ada yang murka, dan
Ada yang tidak perasan,

Jalan yang bersimpang atau berlorong mungkin sukar untuk dilihat dengan mata yang kasar, tersenarailah petunjuk untuk ditulis tentang perkara yang terpilih sesuai dengan cita rasa sendiri untuk menjadi besar. Kesabaran diduga "dugaan mainan", lahirlah kucing, anjing pun lahir juga bukan? seronok seronok seronok, menjadi-jadi kelahiran terkisahlah cerita menjadi ulat parasit dari jiwa ke jiwa yang lain, ada yang senonoh, ada yang tidak senonoh, susah untuk dikategorikan dan bukan senang ingin menjadi seorang ilmiah yang pandai memberi penjelasan yang terhebat. Lahir pula si kurus menjadi orang yang disegani atau mungkin juga orang yang tak disegani. Pelik pelik pelik, dikuasai pula dengan kuasa minda yang seolah-olah seperti "ganja" yang bermain di otak menjadikan tempat yang dilihat menjadi seperti di alam mimpi, mungkin tidak percaya tapi jangan cuba. Cubaan cuma pembawa kepada keseronokan dan keseronokan tak kan hilang sekelip mata. 

Anak itik menetas diberi makan oleh orang yang separa baik hati, didalam hati ingin mendapat kereta besar. Anak itik yang takut mati kelaparan makan dengan gembira melihat alam sekeliling dengan cara yang biasa, perkara luar biasa sukar untuk dilihat disebabkan perbezaan umur yang ketara. Benci! Kalau aku update blog, mesti ada "An error occured while saving" mcb sohai! ... ahahaa tercarutlah sudah perkataan yang sedap didengar oleh diri sendiri tapi bukan untuk orang yang baik hati.

Dipendekkan cerita menjadi buah epal yang sedang masak dimakan begitu sahaja. Dimakan dengan ulat yang tinggal di dalam epal, terkeluar perkataan "enak sekali".. Seronok ke makan buah epal tanpa cuci dahulu ? Mestilah sedap sebab tak perlu letihkan diri sendiri bukan, bukan untuk difahami tapi untuk dikaji.... Pengertian yang luar biasa akan membawa kepada maksud yang berbeza-beza tetapi kesudahan cerita cuma ada satu, tak perlu diolah. cuma di rasa .... ^^

Nasihat banyak sangat, susah nak ikut, berjalan-jalan mecari buku ...

No comments: