Mar 7, 2011

Berlari dan terus mencari

Aku mula guna basikal berjanakuasakan steam sekarang

"Mengeluh" 1 time, 2 times and 3 times, mereka cakap digit yang dihadapan time adalah sungguh penting, penting dari segi penilaian berterusan terhadap kelakuan atau pertumbuhan seseorang yang dijaga. Aku seorang yang tak endah dengan perkara sebegitu menyebabkan otakku terusik.Terusiklah sudah otakku, aku bercadang ingin sampai ke destinasiku menggunakan basikal berjanakuasakan steam seperti dalam gambar di atas yang serba sedikit lebih "up" kebolehannya berbanding dengan basikal capuk aku pada entry yang terdahulu. Didahulukan dengan permulaan yang agak lembab, pertanyaan yang banyak disoal-soal menjadikan aku takut dan gementar, masa yang tampak banyak menjadi seperti 1/3 air yang tinggal selepas diminum kerana letih. Begitu juga dengan aku, yang letih dengan perkara yang senantiasa bermain mahupun ia adalah perkara yang terpaksa tanpa perlu persoalan yang memenatkan akal fikiran penjaga.

Sebelum & Selepas

Dengan menggunakan spesimen epal sebagai perumpamaan, idea aku terbuka luas untuk melihat. Apa yang dapat dilihat? cuba anda fikir ... mesti anda terfikir-fikir, sebenarnya, gambar diatas memberitahu aku tentang langkah-langkah. Langkah-langkah yang perlu dibuat atau dikaji caranya untuk mendapat keputusan/result yang dapat memuaskan akal fikiran orang lain supaya mereka tidak menggunakan banyak tenaga untuk mengeluarkan persoalan yang pasti aku tak suka jawab, mungkin satu tapi satu persoalan memerlukan penjelasan seperti mengolah karangan sejarah yang berpandukan fakta, bukan seperti "aku yang merepek di sini, perkara yang disoalkan pula perkara yang tidak sepenting perkara sebenar, ianya cuma kertas tebal yang terlapik sendiri menjadi titik kepada masa depan semasa rindu padanya"


P.S berlari-lari seperti ribut yang marah

No comments: