Mar 9, 2011

Burung penyampai cerita

Yang baik dingat-ingat, yang buruk dicaci-caci, cerita dahulu kala, kita semua masih kecil, pasti ada seorang di kalangan kita menjadi pemberita sesebuah kawasan seperti burung yang menyampaikan cerita pada zaman perang pedang dulu. Aku masih ingat dengan pemberita di kawasan jajahan kami, kelajuan cerita memang pantas, cerita dibawa bersama dengan larian yang memenatkan pernafasan. Yang pasti cerita memang dihebah-hebah seperti air sirap yang dituang ke dalam air putih menjadikan air putih berwarna merah.

Google Image
Bak kata Jarvis Cocker 
"I said if you wish to study dinosaurs,I know a specimen whose interest is undoubted"
Diklasifikasikan, dikategorikan, diilhamkan dan dikeluarkan semua perkara menjadi sesuatu yang spesifik.

Aku pernah dengar terdengar kata-kata ini tapi aku lupa sumbernya,
"Don't believe in yourself" 
Berpandukan kedua-dua kata-kata yang di atas, lahirlah satu refleks yang akan memangkin akal fikiran kita untuk mengkaji sedalam yang mungkin, ini mungkin sebagai kesukaan sendiri atau untuk membelakangkan orang yang serba kekurangan kerana belum cukup pengalaman yang boleh mendefinisikan sesuatu perkara dengan hati yang terbuka luas. Jika kamu mahu orang berkata-kata dengan kamu, kamu sedang membuang masa kamu.

Jika kamu seorang pembaca buku yang pelbagai, sedikit tentang  perkara yang terbaik yang orang lain tidak tahu, tapi kamu tahu, kamu lari dan kamu sendiri sendiri mengatakan "bukan semua perkara seperti itu". "I disrespected you". Aku bukan mencari perhubungan yang dapat menghubungkan aku dengan pelbagai perkara yang aku sendiri tidak suka, i never said "I was clever". But i "Deep". Aku juga bukan genius, tapi aku "Curious" yang banyak mengolah sengsara di kala sepi yang terilham sendiri menjadikan  aku seorang penembus sekeliling aku hanya untuk mendalami sesuatu perkara.

Bukan senang ingin menghilangkan Senandung rasa yang terpercik ke kertas orang,bukan maksud di jiwa ingin bermain mercun di siang hari, tapi api-api yang membawa kepada keriangan yang membelakangi kemurungan.
Don't get me wrong 

No comments: