Mar 3, 2011

Dikejar angin, ketawa sahaja

Tidak dibangunkan
Angin berpusu-pusu masuk ke setiap ruang yang kosong, walau lambat seminit pun, ruang yang kosong sepantas kilat menjadi mampat seperti lebah masuk ke sarangnya. Badan dibasahi air hujan dan berkepul-kepul asap putih bermain-main secara rawak di udara. Kelihatan seperti suara yang memanggil dan alirannya seperti "turbulence flow" yang dikatakan susah oleh seorang penkaji. Dikaji, diselidik ... Oooo .... Kepantasan mesti dipercepatkan. Kerana kengantokkan akan mengalahkan misi perjalanan pada hari itu. 
Dimandikan dengan hujan
Malam digantikan dengan siang, terwujudlah suasana yang riuh dengan gelak tawa. Sedih dan sunyi hilang secara semula jadi sepertinya tawa mereka sudah mengalahkan kesedihan tapi mungkin yang sebaliknya
Jangan bergerak! haha 
Berhenti di setiap sudut, kami melihat orang, orang melihat kami, kami terasa seperti orang asing, eh? bukan-bukan, mungkin kami menarik ^^ .... berhenti di sana, kami letih, berhenti di sini, kami makan, kami tidur bila kami duduk senyap.

Sebagai penyejuk muka yang melawat :) 

No comments: