Mar 29, 2011

Dota Review

loading screen baru kot :) 
Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang permainan Dota yang remaja gila-gilakan sekarang, saya juga boleh dikategorikan dalam remaja yang suka DOTA. Kalau mengikut prinsip segilintir pemain dota di Malaysia, DOTA bermaksud, Dunia Orang Tanpa Awek = DOTA. Pada pendapat saya, mungkin betul dan mungkin tidak. Kalau girlfriend dia pun main Dota gak? sama la kan .. :)

Walaubagaimanapun, Dota memberikan kepuasan yang tak pernah putus walaupun kadang-kadang ia melalaikan dan boleh diibaratkan dengan kata ini "Sekali main, nak lagi" :)

Apa itu Dota? 
Dota adalah permainan Warcraft, ia bermula dari sebiji map yang dinamakan Dota oleh Icefrog dan terus berkembang dengan versi versi yang kian mencabar dan seringkali diselitkan dengan penambahan hero baru, item baru dan skill yang baru.

Scourge, Sentinel dan Neutral adalah puak-puak yang terdapat dalam Dota. Setiap puak pula terdiri daripada watak ataupun hero yang berlainan tetapi dalam permainan dota pemilihan watak bergantung dengan mode yang dipilih oleh "host" ataupun "Match Creater". Contoh mode yang selalu dipilih APSO, ARSP dan berbagai lagi APSO bermaksud kita boleh pilih hero sendiri di "tavern" yang disediakan samada Scourge, Sentinel dan Neutral. ARSP pula hero dipilih secara random dan player pun random.

Dalam dota ada 10 orang pemain, 5 di bawah(sentinel) dan 5 di atas(scourge).
Ada lebih 90+ hero mungkin dah lebih 100, *tak pasti

Setiap hero mempunyai skill yang tersendiri dan bergantung dengan "item" yang dibeli oleh pemain. Item dibeli dengan duit yang diperolehi daripada "Creep" dan "Enemy's Hero" yang telah dibunuh. Maksudnya, kalau bunuh banyak pasti kuat tapi bergantung dengan hero sebab ada "late game hero", "early game hero" dan "mid game hero".

Kalau difikir dengan lebih sistematik, Dota ialah game yang memerlukan semangat "Teammate yang kuat". Kerjasama paling penting, saya rasa dalam semua perkara yang kita buat kalau berkerjasama pasti dibuat dengan cepat kan? Tapi team dota yang sempurna mempunyai ciri-ciri hero yang tersendiri seperti carrier, semi-carrier dan supporter. Pemilihan hero dan teknik bermain secara berkumpulan sangat penting. 

Bagaimana Nak Menang ataupun motif sebenar DOTA.

  • Kita pecahkan throne dorang ... :)
  • Sekarang ini permainan DOTA sampai peringkat dunia :)
  • Dulu setiap hari saya akan menganisis kira-kira 3 games match Professional Dota Player :)

Saya dah main dota lebih 3 tahun.
boleh dikatakan pemain dota tegar ..

maaf bahasa kurang siuman sebab dalam keadaan tak waras :) 

*Cuba anda pikir, dalam dota ada lebih dari 90 hero, nak ingat semua skill setiap hero ni perlukan masa.
Dan sekarang saya sudah ingat semua :) ...

Kalau anda sedang belajar jangan main dota, kang extend kang, nak extend tak ? awek pun boleh lari .. ahaha kerana kalau asyik bermain dota, mana ada masa nak layan awek, mungkin sebab itu awek saya lari. entahlah :'( . Saya tetap menunggu. 

No comments: