Mar 29, 2011

Dota Strategy : Lucifer The Doom Bringer

Ini adalah tips pertama saya, diharapkan ia bermakna pada para dota sekalian. Tujuan saya membuat tips ini adalah untuk mengukur pemahaman saya terhadap dunia Dota yang saya sayang-sayang selama ini. Saban hari saya tergoda dengan usikan manja hero-hero baru dan skill yang terbaru.

Lucifer - The Doom Bringer

Range: 150 | Move Speed: 290
Primary: STR
Str: 26 + 3.2 | Agi: 11 + 0.9 | Int: 13 + 2.1
Damage: 53 – 69 | HP: 644 | Mana: 169
HP Regen: 1.03 | Mana Regen: 0.53
Attack Speed: 0.65 | Armor: 0

Skills 
1. Devour (E)
2. Scorched Earth (T)
3. LVL ? Death (V)
4. Doom (D)

Skills yang patut di "up" mengikut turutan : 
  1. Devour
  2. LVL ? Death 
  3. Devour 
  4. LVL ? Death 
  5. Devour
  6. LVL ? Death 
    Skill yang seterusnya bergantung dengan corak permainan anda, jika anda rasa hero lawan yang sama lane dengan anda senang untuk dibunuh, "up" kan LVL ? Death, agak susah saya nak terangkan keistimewaan LVL ? Death tetapi ia amat memudahkan kita untuk membunuh.

    Item untuk Doom Bringer
    Item untuk Doom Bringer bergantung dengan keupaayan kita mencari duit "farming skill". Kelajuan kita mengumpul duit amat berguna kerana lebih cepat dapat duit lebih cepat kita "owning" ataupun membunuh hero-hero pihak lawan. 

    Pada permulaan game beli item ini : 
    • Quelling Blade
    • Tango
    • Recipe Soul Ring (berguna dan completekan secepat mungkin) 
    • Ayam
    • Selebihnya bergantung kepada diri sendiri
    Item yang perlu : 
    • Radiance (jika anda hebat farm dan pastikan anda sudah ada kasut terbang kerana ia berguna).
    • Aghanim's Scepter (pastikan anda membeli ini kerana ia menambahkan kuasa utli anda).
    • BKB (item ini sungguh penting jika anda rasa hero pihak lawan adalah super disabler.
    • Vanguard ( Beli item ini juga jika anda rasa tiap kali anda masuk "battle" nyawa merudum macam air)
    • Hood of Defiance (Ini penting jika pihak lawan mempunyai spammer yang banyak)
    • Heart of Tarrasque (Item ini memudahkan anda untuk menjadi "tanker" dan membiarkan killer team anda untuk membunuh hero team lawan. Di sini fungsi anda adalah sebagai orang yang bertahan)
    • Blade Mail  (Blade mail amat penting jika ada Drow Ranger di team pihak lawan)
    • Linkern's Sphere (Item ini juga berguna tapi optional bergantung dengan duit anda)
    • Dagon (Amat berguna pada awal game tapi jangan upgrade, beli item yang penting dahulu bergantung dengan corak permainan sama ada team anda sedang owning ataupun team pihak lawan sedang owning.
    • Kasut Terbang ( Ditambah dengan Scorched Earth dapat menjadi mekanism melarikan diri)
    Item yang tak perlu dibeli dan elakkan daripada membeli : 
    • Battle Fury (radiance lebih menyenangkan farm)
    • Item attacker ( jangan beli kerana anda bukan attacker sebenar)
    Corak Permainan
    Pada awal game, kita mesti mengkaji dulu hero team kita dan hero team pihak lawan kita, kerana peranan Doom Bringer dalam sesebuah game amat bergantung dengannya. Oleh itu, kita kaji dulu hero-hero.

    Ok, sini saya akan bagi sedikit cara untuk farming.
    • Pastikan anda farming dengan betul jika tidak dapat farm cuba tukar lane
    • Pastikan anda "spam" skill Devour sebaik sahaja habis "refresh" dan ambil creep range.
    • Pilih lane top untuk jika anda scourge dan bottom jika anda sentinel, jika pandai solo mid lebih baik.
    • Pastikan anda tidak membeli item yang salah.
    • Pastikan anda membantu dalam game dan beli "tele" untuk memudahkan anda pergi membantu.
    • Pastikan anda siapkan item anda terdahulu dengan membunuh dan farm dengan cara yang betul sebab itu saya syorkan untuk membeli tele kerana anda dapat membantu jika team anda diserang.
    • Pastikan anda level up dengan cepat dan jangan kurang level kerana Doom Bringer cepat level up.
    • Pastikan anda check "Armor" kerana armor yang kosong sangat senang dibunuh.
    • KS sebaik yang mungkin (hahahaha)
    Cara untuk membunuh, Doom Bringer yang lebih dikenali sebagai Lucifer mempunyai ulti yang super kerana ia mampu "silent" hero lawan yang terkena ulti dan pastikan Ulti anda berguna kepada keseluruhan game. Maksudnya ulti hero lawan yang patut diulti contohnya hero "spammer", hero yang senang dibunuh seperti hero intelligent. Gunakan ulti dengan sebaik yang mungkin kerana Doom adalah "disabler" yang boleh diguna pakai. 

    Pastikan anda membawa rakan anda jika tidak pasti dapat membunuh hero lawan, lagi cepat anda membunuh kebarangkalian "back up" pihak lawan untuk membantu tipis. 

    Tips : 
    • Check dulu hp hero pihak lawan dahulu sebelum membunuhnya, adakah semua magical damage dapat membunuh terus dan kira semua damage termasuk fizikal damage by attack. Ok? 
    • Jangan cari hero yang senang lari seperti yang ada skill "blink". Jika ingin membunuh juga kerana takut hero tersebut "fat" ajak rakan anda untuk membantu dan pastikan rakan anda itu ada skill disabler seperti "stun", "hex" dan "ikat". 
    • Jangan membazir ulti sesuka hati jika tidak pasti untuk membunuh.
    • Jangan feed dalam permainan, elakkan dari di "ganking" dan terus farm dan nantikan peluang untuk membunuh, jika ingin membunuh, perhatikan lane semua lane dahulu, pastikan hero yang hendak dibunuh seorang dan elakkan dari stunner hebat.
    • Jika ada killer dalam team anda, bagi peluang kepada killer untuk farm dengan cepat dan Doom Bringer pergi mencari mangsa dan kacau hero lawan yang sedang farm.
    Tips ini akan saya updatekan setiap masa mengikut perkembangan otak saya kerana ia mungkin sedikit dan banyak lagi yang perlu anda tahu tentang Doom Bringer :)

    *Mesti guna Warkey jika main dota! 


    No comments: