Mar 24, 2011

Kehodohan membuat kita terus suka,

Mungkin lukisan anda hodoh tidak secantik lukisan pelukis yang lama sudah terkenal,
anda akan terus melukis sehingga anda rasa lukisan anda itu bermakna untuk anda, ia berpanjangan,

Mungkin anda seorang yang suka berlagu, tapi pabila anda berlagu, bunyinya agak sumbang, mesti anda akan terus berlagu untuk diri sendiri kerana anda ingin puas, ia berpanjangan,

dan bila anda menulis sesuatu seperti ini, ada kalanya anda rasa penulisan anda tidak dapat mengalahkan penulisan orang yang memang kreatif, tapi jangan lupa, ia mungkin hodoh, anda sudah mencuba, mungkin esok menyebelahi anda, dan mungkin tertulis sendiri semua idea di dalam akal anda, dan ia akan terus berpanjangan ...

Keesokkan harinya pula, anda wajib untuk membentangkan sesuatu perkara di dalam "conference room" dan disebabkan anda terlewat bangun, segala solekan yang dapat membuat anda rasa yakin hilang, mungkin anda berfikiran anda kelihatan hodoh, bersabar, mungkin orang lain memandang anda dari segi yang lain, dan ia terus berpanjangan sehingga anda rasa anda sudah buang semua tabiat tak baik,

Semua petikan di atas aku keluarkan dari ayat ini "Ugliness is in a way superior to beauty because it lasts." -Serge Gainsbourg


dan mungkin anda juga ada konklusi yang tersendiri, simpanlah buat diri sendiri, dan keluarkannya bila ada insan lain yang memerlukannya.. :)

*update "terus terang saya cakap disini, perkara yang dibuat secara berterusan mewujudkan kebarangkalian yang banyak, seperti yang aku sampaikan pada entry sebelum ini, biar ia berpanjangan, mungkin ada orang memerlukannya nanti, dan ia pasti membuat anda terharu"

No comments: