Mar 29, 2011

Kenapa follow blog ?

Sebelum memulakan perbicaraan yang baik hati, saya ingin kongsikan petikan kata-kata dibawah.

"Oh, never mind the fashion. When one has a style of one's own, it is always twenty times better." - Margaret Oliphant Oliphant 

Oh, sudah baca? sendiri faham :) 

Oh kenapa saya ingin kongsikan petikan kata-kata diatas ? 
Ini disebabkan saya juga ingin berkata-kata di sini :) 

Sudah menjadi lumrah kehidupan kita untuk mengikut "trend" hidup yang kian pesat membangun bak hujan lebat yang tak akan henti sehingga kepulan zarah air di awan habis. Kehidupan yang kian rumit melelehkan sedikit sebanyak tentang perkara yang baru dan memangkin akal kita untuk mengetahui lebih banyak keputusan tentang sesuatu perkara. Mari kita lihat contoh ini : 

Situasi 1:
Seseorang yang ingin membuat robot dan dia telah membuat robot tetapi pada keesokkan harinya, beliau melihat robot kawannya lebih "advance" dari robot dia dan ini membuatkan beliau rasa tercabar dan ingin mencari lebih banyak sumber tentang robot untuk memperbaharui ciptaannya. 

Ok, Situasi 1 tidak termasuk dalam subjek sebenar "kata-kata" keseluruhan entry ini. Ia cuma memberi sedikit gambaran tentang kepentingan kehidupan di taman otak anda. Biar ia bermain di minda anda dan biarlah otak anda boleh terbayang dengan ilusi yang lebih "advance".

*Berbalik kepada tajuk utama*

Situasi 2 : 
Kepentingan adalah sesuatu yang kita perlu, betul bukan? , lebih sinonim dengan amalan kita belajar, jika kita ingin belajar kita perlukan buku, pensil, idea, dan banyak lagi. 
Ia penting bukan ?
Kenapa ia penting ?
Kerana belajar adalah kepentingan dalam kehidupan yang baik hati.
Yang ini juga tidak berkaitan dengan kata-kata sebenar entry ini.

*Berbalik semula kepada tajuk utama* 

Saya suka follow blog lain kerana saya rasa ia kepentingan saya sama seperti Situasi 2.
Kenapa ? kerana jika blogspot letak icon "follow" sudah pasti ia mempunyai maksud yang tersendiri dan kita terpaksa mencari apakah motif sebenar button "follow" tersebut. (untuk blogger dan pengguna gmail).

*Mungkin ada yang telah terdedah dengan perkara ini dan mungkin ada yang belum.

Apakah "perkara" tersebut ?

Ok, here we goes .... icon "follow" berfungsi untuk meletakkan live feeds dekat "Google Reader".
Apakah google reader ? Google reader adalah live preview updated blog yang kita follow dan ia bergantung sama ada kita follow blog tersebut menggunakan nama blog kita ataupun akaun gmail kita. 

Apakah kepentingan Google Reader ? Ia boleh dikaitkan dengan Situasi 1 di atas.
Maksud : kita lebih update dengan kegiatan blogger sebenar dan ia sesuai dengan sesiapa sahaja yang ingin mengkaji tentang amalan blogger di Malaysia. Sekarang ini saya lihat ada yang membuat "paper". Paper ini ada dalam bentuk jurnal yang di "tesiskan" untuk kepentingan menghabiskan pengajian anda.

Contohnya: Kajian Tentang Amalan Blogger yang Baik Hati 

Saya dulu buat kajian ini : Kajian tentang robot yang kian menjadi pengganti pekerja di sesebuah kilang .

Ok, kajian saya itu tipu, bukan kajian sebenarnya, saya cuma nak mengaitkan ia dengan Situasi 1.

Saya akan tunjukkan "Google Reader" yang banyak saya tegaskan di atas. Lihat gambar contoh di bawah.
Gambaran Google Reader
Sudah tengok ?itu adalah entri saya yang sebelum ini, saya memang follow blog saya sendiri seperti saya  menyayangi diri saya sendiri :)  hahaha jangan tengok belah kanan, kantoi perkerjaan saya :) ada warkey lagi tuh, confirm baru habis main DOTA. 

Selesai sudah kata-kata baik hati daripada sang rimba yang inginkan keamanan dunia yang selamat. 

Akhir kata saya ingin kongsikan lagi kata-kata indah dari Henry R. Luce

"Show me a man who claims he is objective and I'll show you a man with illusions."- Henry R. Luce

Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang sungguh panjang yang comot seperti baru lepas makan ais krim di beli dekat supermarket tetapi jangan risau saya sudah mempermudahkan anda membaca dengan menghitamkan keyword yang perlu dihadam.

P.S ini bukan novel ini adalah gambaran dan jadilah rama-rama :)
P.S saya suka perkataan "Brilliant" kerana saya ingin menjadi "popstar". Popstar bukan artis ok, popstar ialah bintang yang berkelipan di otak anda. Ia adalah sumber idea yang berkelipan dan seringkali menyinarkan sumber baru yang boleh diperbaharui. Ilusi yang dalam. 

No comments: