Mar 13, 2011

Kenapa orang suka benda baru

Apa yang aku ingin kongsi disini mungkin "fikiran sihat" bagi anda ataupun so-called "common sense". Kalau dilihat dan dibaca tajuknya, mungkin kita akan mendapat satu gambaran yang jelas tentang kehidupan kita yang sekarang yang inginkan sesuatu yang baru, mahupun rumah baru, kereta baru, kasut baru, baju baru, teman hidup yang baru dan sebagainya seperti melukis lukisan rumah idaman masing-masing yang kadang kala manusia cenderung melukis mengikut trend terkini bagi yang berjiwakan modenisasi dan bagi yang berjiwakan seni, mungkin lukisan nya berinspirasikan apa yang ingin disampaikan. 

Disini juga aku ingin menyampaikan satu lagi perkara baru yang aku perasan, semua makhluk bumi ingin cepat dalam segala hal yang mereka suka, samaada kehidupan harian, menaiki bas dan banyak lagi. Semua ingin berebut, kalau dah jadi amalan, mungkin satu hari nanti jika kebakaran berlaku or whatsoever yang berkaitan mereka juga berebut untuk lari, yang lambat pasti menjadi mangsa. Sedih, buatlah perkara dengan sistematik, teliti dan fahami dulu sesuatu, tak kira dimana jua anda berada, aplikasikan supaya perasaan takut dapat dihilangkan. "Jangan takut, jika anda takut sekarang, mungkin anda akan takut selama-lamanya". 

Ini entry baru aku, adakah cerita lama masih dikatakan entry baru aku ? seperti yang kita tengok dan dengar sekarang, bencana alam yang menimpa negara jepun, bencana ini masih baru bukan? Sedikit demi sedikit orang ramai mulai lupa, betul tak ? betul! .. Hal ini menjadikan orang tak alert lagi bukan. Entahlah, aku pun tak faham sebenarnya. Kalau difikirkan sekarang ni, semua orang menceritakan kisah silam yang sedih, yang gembira dan banyak lagi. Yang ini orang suka, mungkin inginkan perhatian dan mungkin juga boleh membuatkan seseorang itu gembira. 

Tadi aku ada baca satu artikel tentang "Lifelike "Wet Mummy" found" yang dijumpai di china, dikatakan Wet Mummy berasal dari kerajaan Dinasti Ming (1368-1644). Sumber: Lifelike "Wet Mummy" Found During Roadbuilding. Berdasarkan penemuan ini, ramai arkeologist, geologist, ahli sejarah dan segala pengkaji sejarah datang melihat. Bukan hanya dilihat tapi dikaji semuanya. Mungkin tajuk entry ini boleh dikaitkan dengan artikel Wet Mummy kerana perkara lama menjadi perkara baru. Semua perkara berkaitan.


No comments: