Mar 21, 2011

Kisah sedih

Suatu kesedihan yang lama dikenang semula, bermula nya kehidupan seorang yang bernama Nick. Nick berjiwa seni musik dan inginkan sesuatu yang luar biasa. Nick tinggal di tempat lahirnya, satu kota yang agak jauh dari kampung halaman ayahnya. Setelah lama meningalkan kampung halaman, pada satu hari, keluarganya berhasrat untuk balik ke kampung halaman ayahnya. 

Usia meningkat dewasa, pelajarannya kian meningkat seperti remaja yang lain tetapi dijiwanya wujud satu ilusi yang ingin menguasai Nick, ilusi yang selalu memberi inspirasi kepada Nick untuk terus mengejar impiannya. Nick juga sanggup meninggalkan pelajarannya semata-mata untuk memenuhi hasrat sendiri.

Kehidupan sebagai penjiwa seni musik sungguh sukar ketika itu tapi Nick dengan tabahnya meneruskan semuanya kerana minat yang berkobar-kobar. 

Kehidupan berterusan sehingga Nick mengalami satu masalah murung yang agak serius dimana Nick terpaksa mengambil ubat penenang. Walaupun bertahun Nick telah mengatasi masalah kemurungannya, Nick masih tetap ingin kembali ke dunia musik nya dan berhasratkan ubat penenang dapat mengatasi segalanya. Tetapi semuanya berakhir dengan tragis .. Kematiannya mula dikenang tahun demi tahun, seorang demi seorang mengingatinya dalam pelbagai cara dan sehingga sekarang Nick masih dikenang... 


"Esok memberitahuku"

No comments: