Mar 24, 2011

Malam ini seperti

Sepertinya malam ini, suasana seperti biasa, angin sejuk malam masuk melalui tingkap membuatkan aku berasa sejuk, kadang-kadang aku kelu dibuatnya,
matahari pula sudah jauh ke dunia sebelah membuatkan aku seperti ingin baring di atas katil ku untuk memulakan misi baru tak seperti mimpi semalam, 
dan fikiran serius pagi kian menghilang, cuma ingin kedamaian yang tenang, 
dan bila aku membaca buku dengan otak yang  sempurna, kelihatannya semua ingin masuk,
"jangan masuk laju-laju" 
Jiranku disebelah pula sibuk menyebut hujan kerana kesukarannya untuk tidur, 
Jangan tersentak jiranku, aku cuma melintas fikiran engkau untuk seketika, damai sahaja .... 

Kini "taste" aku terhadap perempuan jauh tersimpang dengan yang lalu, 
sepertinya aku perlu pergi ke luar dunia dengan membawa tema "around the world to marry my girl"..
Ini mungkin kerana aku ingin seorang yang berjiwa kosong seperti aku juga, 
mungkin juga seorang yang benar-benar perlukan aku untuk menyiram bunga matahari yang menghiasi rumahku kelak,
dan sepertinya aku juga perlukannya,
yang ini aku simpan dulu, belum cukup duit untukku pergi mengembara seluruh dunia,
mungkin hanya angan-angan kosong atau kenyataan pada satu masa kelak,
"Mon nom est Inspirationalefeks" dalam bahasa french .... 

"jika aku diberi peluang untuk memegang selamanya, aku akan gunakan semua anggota badanku untuk mengekalkannya, biar semua berpenat lelah, pasti ada yang memberi penawar"


No comments: