Mar 19, 2011

Minat yang unik

Mungkin minat dipengaruhi oleh faktor fizikal, mental dan inspirasi dari orang yang sebelumnya. Keupayaan untuk menghayati suatu minat yang mendalam sehingga memberikan kepuasan dalam hidup aku klasifikasikan sebagai minat yang unik. Dimana ianya mungkin minat yang orang lain rasanya ialah "useless" tapi kebolehan seseorang tak sama.

Contohnya seperti dalam filem "Pelican Blood", minat seorang remaja yang suka melihat burung dan dicatatkan segala nama burung di dalam buku notanya, Ia mungkin "lazy stuff" bagi orang lain tapi ianya kepuasan. Mungkin dia ingin lain dari yang lain. Pada zaman ini pula, minat menjadi trend dan trend menjadi minat, dijadikan trend seperti ia minat, tapi sebenarnya ia suatu yang akan lenyap. Kepuasan yang hanya seketika. Samada matlamat tercapai atau tidak jawapannya. 

Anda ingin tahu minat sebenar aku? Aku meminati artifak purba kala, dulu terfikir untuk menjadi arkeologist, geologist dan semestinya jurnalist kerana ia semua bersangkut paut. 
Bagaimana pula dengan anda ? 
 
"Aku suka kalau orang senang untuk mencari aku, kerana itulah aku ada satu destinasi"

No comments: