Mar 12, 2011

Mungkin tetap sama dan tak sama

Mungkin kau fikir aku begitu,
Mungkin aku juga fikir kau begitu,
Semua tetap lah sama,

Mungkin hebat rasanya begitu,
Mungkin aku juga rasa seperti itu,
Haruslah kita merasa,

Mungkin aku tidak seperti engkau,
Mungkin juga engkau tidak seperti aku,
Lahirlah pelbagai makna yang tidak sama,

Mungkin engkau guna pen,
Mungkin engkau fikir aku guna pensil,
Dijadikan cerita asli untuk menambah keriangan,

Mungkin engkau fikir engkau laju seperti kilat,
Mungkin engkau fikir aku lambat kerana banyak orang melintas,
Semua tetaplah sama, cuma aku yang merasa,

Mungkin sekarang engkau bersemangat,
Mungkin juga sekarang engkau fikir yang engkau perlukan dorongan,
Semua perkara ada penutupnya, sekarang lain, esok macam mana? tanya diri sendiri,

Mungkin kisah yang diceritakan benar,
Mungkin juga ia palsu semata-mata,
Membuat semua orang ketawa tapi tetap sama,

Mungkin engkau seperti air terjun,
Mungkin juga engkau akan fikir aku seperti kolam buaya,
Membuat ku rasa tercabar, layanlah perkara yang sama,

Jangan diam, jangan jangan jangan, belum cukup untuk kita beramah mesra,
Mungkin kamu perlukan teman bukan sekadar untuk penghias kehidupan tetapi juga untuk "continuous encouragement" ...

Lihatlah diri sendiri, jangan disuruh orang lain mengata dan terus berkata-kata

No comments: