Mar 24, 2011

Pertama dan terakhir


Semua manusia memiliki expressi yang berbeza-beza,
ada yang memerlukan kafein untuk berjaga sampai ke pagi, dan
ada yang memerlukan seseorang untuk menemaninya sampai ke subuh,
dan ada juga yang tidak dapat menyesuaikan diri, efek dari panas katanya,
tapi ada satu persamaan manusia yang amat ketara iaitu manusia bermula dengan pertama sebelum sesuatu perkara itu menjadi besar,
ada yang ingin menampilkan sifat semulajadinya,
dan ada yang terus menerus teruja.
mungkin juga ada yang terus memperbesarkan empayar mindanya,
sesuai dengan amalan akal jawab nalurinya,

dan tatkala aku mengetahui semua adalah bahaya semata-mata,
aku terus mengejar sesuatu yang seperti memanggil aku,
sepertinya aku khayal, habis badanku dicubit dan aku pasti ianya realiti,
membuatkan aku tergamam dengan satu kenyataan,
ingin tapi tak ingin, serasi bukan?
bukan, bukan, mungkin seperti yang dikatakan oleh Brigitte Bardot "Everybody loves my baby, but my baby don't love nobody but me, nobody but me"
irama jazz yang bermain diminda membawa arus lembut,
dan ada saja yang terbuai dengan nadanya,
Hello doktor ..... sesedap rasa mengikut perasa .....

"bermula dan terus menerus, terasa gayat, pergi ke tempat yang rendah, biar ia serasi"

No comments: