Mar 13, 2011

Seek for the truth

"Indah kabar dari rupa" sebagai pemberi salam kepada yang ingin membaca. 

Hari silih berganti, buku tetap berganti-ganti mengikut kehendak diri sendiri, fakta dijadikan sumber inspirasi cerita yang ingin disampaikan. Letih membaca buku, tidur seketika, berfikir sejenak, lama kelamaan mengelamun panjang mengenangkan nasib dan terus berfikir lagi untuk mencari kebenaran mahupun cara-cara untuk menambahbaikkan diri sendiri. Menjadi titik pertama ataupun titik kedua kerana sudah lupa akan menungan panjang yang dulu. Tidak dicatat semuanya kerana diminda sungguh pasti dapat diingati semuanya dengan mempercayai diri sendiri sudah mampu berfikir panjang. 

Selalunya orang akan bercakap benar dengan hati yang ihklas dan mungkin tidak, kitarannya memang begitu.( nyamuk melintas) Keakraban dengan alam sekeliling memberitahu segala tentang cerita baharu mahupun sudah lama tetapi baru didengar. "Hidup tanpa angin seperti kehidupan yang tiada kabar berita". Aku suka film "Hikayat Merong Mahawangsa" yang penuh dengan ayat-ayat yang membuat aku berfikir. Aku dapat membuat penjelasan di sini menggunakan ayat ini  "Kata-kata membawa banyak makna, ada yang membuat orang gembira, ada juga yang membawa kepada kesedihan". Kebolehan berkata-kata yang dapat menasihati memang lebih baik daripada menonton cerita sedih yang bukan-bukan, membuat kita menanggis seketika kerana cerita olok-olok,cerita seram dan lain-lain, ini orang suka, aku pun suka juga. 

**(Nyamuk kacau aku menulis) aku dah mandi tadi **

"Tidur yang lena, mimpi buruk, mimpi manis menjadi benar"

Sekian saja, Agak pendek rintihan kali ini "Nombor bukan untuk mengukur perkara yang ingin disampaikan"

No comments: