Mar 1, 2011

Seronok menaiki basikal

Basikal lama yang best
Pernahkah kau lihat aku terangguk-angguk "nak" kerana orang yang aku suka mengajakku pergi mengayuh basikal bersama-sama? Seri pagi dijelajahi bersama-sama seperti berperang menakluki desa yang separa sempurna diiringi dengan kekalahan serangga yang sedang bergaduh terapung-apung di udara menggunakan sayap yang terlekat rapi dibelakang.
Try la tengok
Cuba toleh belakang semua! .. hahaha dikayuh laju-laju berterbangan daun di jalan, semut dipijak, oh kesian kamu semut, rambut terbang ditiup angin seolah-olah kena kipas bervoltan tinggi cuma 40km/h tapi yang pasti keseronokan dirasai dengan udara segar memasukkan diri ke dalam hidung untuk disedut oksigennya demi kesejahteraan pernafasan yang letih setelah kaki penat mengayuh... Orang yang melintas dilambai, tangan terlambai di sapa dengan baik oleh orang yang melintas, dipintas orang yang dilambai, semakin hilang  di belakang orang yang terlambai-lambai. Terasa penat otak berfikir, berfikir ingin minum sebentar dicapai botol berair, diteguk perlahan-lahan, terus hilang rasa dahaga. Berusaha dan terus diusaha pengayuh basikal itu berentap dengan peluh yang semakin banyak seperti mandi air di kolam, kolam yang cetek diingat-ingat, ingin sekali mandi selepas sampai di tempat yang di hajati.

Demikianlah cerita seronok menaiki basikal disambung cerita seperti yang diingin, di tamatkan cerita dengan rasa gembira... wachaaaaaaaaaa taraaaaa k000ng fool. .. hee

Seolah-olah kayu terbaling mengena kepala aku, adoi ............ 

No comments: