Mar 9, 2011

Terilusi Kesedihan


Melihat semua pergerakan yang diilusikan dengan lukisan gambar ataupun  fotografi seorang yang cantik, terlihat sekali dalam seumur hidup, sungguh ajaib, keterangan gambar memukau orang yang cetek permandangannya. Siapa-siapa sahaja boleh jadi tangkas dan pantas, tidak perlu ditambahkan keluasan jajahan dan memanggil tentera lain bersama-sama menerangi tempat yang gelap dan selepas di tawan kawasan bahuru, baru perasaan PUAS hadir dalam diri dan inikah yang dikejar selama ini, tidak ingin kalah dalam semua hal ? Mungkin anda akan menang sekarang, tapi kehidupan yang satu lagi belum pasti lagi, mungkin kecundang atau mungkin sentiasa kalah, biarlah di hina oleh semua orang, panggil mereka untuk patah balik supaya anda dapat memberikan petunjuk yang baik.

Marilah kita sama-sama lihat gambar ini, kita kaji sama-sama, kita fikir bersama-sama, jangan ada yang tertinggal, yang tertinggal tolonglah dorong mereka, biar kita sama-sama bergerak dan tergeraklah hati kita ke satu dunia yang realiti dimana kita akan fikir perkara yang baik sahaja, hina dihindar, puji di amal tanpa rasa megah. 

Aku bukan sempurna seperti yang aku fikirkan, aku cuma sempurna di mata orang yang masih memerlukan pengalaman untuk menyempurnakan diri. Jika diubah mungkin sebati.

====================================================================================================
When I,
Synchronize my way,
Materialize my day,
I never said i was nice ... 

No comments: