Apr 7, 2011

Apa itu gembira ?

I don't mean to alarm you.
Kita pelawa orang datang,
Salam ikhlas penyejuk hati dengki,

Cukup untuk itu, 
Satu persatu aku tempuhi,
dan jalannya sungguh baik dihiasi penawar duka,
lupa pula aku yang sebenarnya ada satu titik kegembiraan,
dan bila saja aku sampai di situ,
aku gembira sekejap, itu kepuasan aku, 

Aku mengerti kegembiraan bukan hanya sekali,
mungkin gembira kerana disayangi,
gembira kerana ada kawan,
dan gembira bercampur dengan tangisan bila terharu.

Kegembiraan pemusnah duka?
Esok aku terangkan, mungkin selepas matahari tenggelam.
kerana aku sudah puas dengan ketabahan aku,
bukan pemberi kasih tapi perjalanan hidupku,
semata-mata ingin gembira jangan silaukan mata yang memerlukan.

P.S In love with the feeling ,i know that it shows
P.S Ini bukan entri, aku anggap ia sebagai penyeri duka, pemberi semangat.*bagi aku

No comments: