Apr 25, 2011

Kehebatan Misteri

Pernah dulu aku ceritakan tentang keakraban dengan alam mewujudkan kehidupan yang biasa, kebiasaan yang misteri dan kehebatan kita untuk mengungkap kemisteriannya adalah bergantung dengan kekuatan jiwa kita. Interaksi dengan alam, interaksi dengan makhluk bumi, interaksi yang menghidupkan suasana yang riuh dengan gema-gema rintihan kehidupan di bumi. 

Adakah ia sesuatu yang kita perlu cari dengan usaha diri sendiri ? 
Adakah suara lembut dapat menenangkan kita ? 
Maksudku, suara yang memangkin kita, memberi semangat kepada kita ... 
Itu terpulang dengan diri kerana keputusannya adalah dua perkara yang berbeza.

Sebenarnya aku di sini ingin mewujudkan satu suasana dalam diri sendiri, aku sudah jumpa bunyi yang sangat akrab dengan jiwaku, bunyi yang melemahkan sehingga aku mampu diam. Diam teruja. 

*New Delire <---- try out

No comments: