Apr 5, 2011

Movie Review : Man on The Moon (1999)

Man on The Moon
Ada sahaja perkara yang ingin dikongsi disini, bila saja aku buntu aku pergi tengok filem dan bila aku tengah layan filem aku rasa seperti ada sahaja perkara yang ingin aku fikirkan yang membuatkan aku bermain dengan rambut. 

Mungkin ada yang pernah melihat filem diatas, filem Man on The Moon yang dilakonkan oleh Jim Carrey ini memang menarik dan penuh dengan misteri yang buat anda rasa terus menonton. Sebenarnya filem ini berkisarkan tentang Andy yang bercita-cita ingin menjadi pelawak dan lawaknya memang sesuai ditonton umum. Kadang-kadang lawaknya amat sukar dipercayai disebabkan penonton menganggap semua lakonannya memang lawak. 

Aku ingin kongsi sedikit tentang apa yang aku dapat serap dari filem ini, aku serap satu persatu. *hahaha 
Watak yang dilakonkan oleh Jim Carrey yang banyak bermain dengan ilusi semata-mata untuk membuat orang gembira. Gelagatnya memang asli dan lawaknya lahir dari idea sendiri. *tapi mengikut skrip sebenar.

P.S selamat bergembira

No comments: