May 29, 2011

Bayangan angan-angan palsu

Currently playing "Little Joy - The Next Time Around"
Pelangi 7 warna aku adalah analogi terbaru aku terhadap sesuatu yang datang kearah aku. Aku tidak pasti tentang niat sebenar yang terpendam jauh di dalam pelangi 7 warna. Adakah ia sesuatu yang akan menjatuhkan aku ataupun ia sesuatu yang akan membangunkan aku dari mimpi siang. Apa yang pasti aku tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada hari esok dan hari selepasnya. Jika pelangi 7 warna dapat bertahan. Aku akan gabungkan Matahari 7 jiwa ku dengan Pelangi 7 warna menjadi 14 Mahapelangi 7 Spektrum Kilat. Matahari pasti cemburu dengan aku, cemburu buta kerana takut akan awan gelap.

Oh Matahari, aku tahu engkau sungguh panas, badan aku panas membara. Biarlah aku lihat apa yang Pelangi 7 Warna mampu buat untuk memeriahkan hari biasa. Boleh ? nanti aku akan toleh engkau selalu.

No comments: