May 14, 2011

Bermula dengan sifar

Recommended Book

Setelah setahun aku membuang masaku dengan permainan yang mengasyikkan, hari ini dan mungkin esok buku aku akan dibukukan dalam tajuk yang agak "sampah" bagiku. Buku yang mampu membuatkan mata aku berkilat bersinar dan gembira sendirian. Buku ini aku panggil "sampah", seringkali aku terfikir "kenapa aku mesti menerbitkan buku sampah?". Lansung tidak bermakna tapi itu hakikatnya. 

Idea tentang sampah ini bermula dengan idea yang agak sampah, kenapa aku perlu mengikut idea yang agak sampah sedangkan aku punya akal untuk berfikir tentang idea yang lebih bersih. Inilah akibatnya jika kita membudayakan amalan "Coyness". Malu-malu pun janganlah semalu rumput semalu, manja-manja pun janganlah semanja kucing yang sudah akrab dengan tuannya, mereka biarlah mereka, mereka tetap dengan pendirian sendiri yang lebih baik kerana mereka yakin dengan diri mereka. 

Tapi aku berfikiran endah tak endah, yang penting aku ikut idea sampah ini tapi aku juga yang terseksa, tersedu, tak tidur malam, kalah, dan sebagainya. Semua perasaan jatuh kebawah boleh disenaraikan dengan bahagianya jika semuanya dapat menghuraikan keseksaanku ini. Sudah, aku ingin menceritakan keadaan yang sebaliknya pada perengan yang berikutnya.

Sampah tetap sampah, tapi sampah itu aku ambil dengan kerelaan hati yang berbelah bagi, aku harus pilih satu daripada dua, tapi aku pilih sampah. Sampah yang terhasil daripada titik peluhku, mungkin jauh dalam hatiku, aku perlu bangga tapi aku dulu selalu mendengar ayat ini "Kenapa buat benda dua kali, masih banyak lagi benda yang belum dibuat". Sungguh sukar difahami, kalau diterjemahkan dalam bahasa inggeris mungkin sekali baca terus faham. 

Bermula dengan sifar kita akhirkan dengan menambahkan satu dihadapan sifar menjadi 10. Besar juga angka ini. 

*Terakhir dan yang terakhir aku salahkan sistem yang tidak sistematik, semua orang bijak tapi kalau kebijaksanaan seseorang itu tidak diuji, mana mungkin angka 1 tiba-tiba muncul dihadapan sifar bukan, kalau adapun mungkin magis semata-mata. 

No comments: