May 15, 2011

Selepas senyuman

Sampah part 2 


Setelah membaca tulisan "sampah" ku sendiri beberapa kali, aku terasa bangga pula. Ini mungkin disebabkan pujian seseorang yang berbunyi seperti ini "Your English seems Very Good". Seseorang yang pernah melalui apa yang aku lalui sekarang. Pujian itu mungkin yang sebaliknya kerana aku berfikiran begitu. 

Sekarang, dan lagi ;hidup aku mesti bercambah seperti pokok besar, biar ada cabang ranting-ranting yang boleh mengugurkan dedaun kering untuk kehidupan yang seterusnya. 

Sekarang, dan entah bila lagi ;aku akan melengkapkan "wishlist" aku yang bertimbun-timbun seperti dedaun yang kehijauan yang akan bertukar menjadi kekuningan pabila ia gugur kelak. Dengan pantas dan tangkas aku akan membaling dadu kehidupanku untuk memilih perkara pertama yang perlu diselesaikan. 

Sekarang, dan malam ini ;aku rasa aku ingin berhibernasi sekejap sambil bermain-main dengan fikiran orang lain. Fikiran yang sedalam lautan, sesempit sumpit yang disumpit ke langit. 

Cukup untuk malam ini, selepas fikiranku terganggu aku akan legakannya dengan kritikan sendiri.

No comments: