May 31, 2011

Esok nak mimpi lagi la

Ocean Dream by Selena Rayne
Mimpi punya definisinya yang tersendiri dan misteri disebaliknya memang mengeligakan jiwa setiap insan. Mimpi bermaksud pengalaman di bawah sedar yang melibatkan anggota badan termasuk pendengaran, perasaan, pemikiran, dan penglihatan dalam alam tidur yang sunyi beserta dengan kelajuan gerakan mata atau dalam bahasa inggeris nya rapid eye movement. 

Kedukaan yang sering mengawal perasaan jiwa kita ketika kita sedih mewujudkan mimpi yang menyedihkan, mimpi yang mampu membuatkan kita melahirkan perasaan takut, sedih dan menyendiri. Pemberotakan gelap ini patut dinaturalkan dengan memasuki dunia kota sambil bergembira dengan teman semua. Jangan berasa resah, Jangan takut, dan Jangan menyendiri. Musuhmu adalah dirimu sendiri, pencakar dinding kehidupan alam sebelah. Alam yang cemburu dengan kehidupanmu.

Mari kita sama-sama bergembira dengan mimpi indah, mimpi indah seperti di atas khayalan kertas yang dilukis dengan sempurna sekali. Perasaan yang ikhlas dapat mengawal kehidupan di dalam khayalan kertas.

Ini aku buat selepas aku bermimpi tentang sesuatu yang membuatkan aku rasa ingin memberontak, memberontak di setiap kota, kota-kota yang punya pelbagai perasaan. 

No comments: