May 31, 2011

Lari dari Kontrol Verse 1

Kontroversi hidup, kontroversi dalaman, kontroversi teknik mengelirukan pihak lawan, dan pelbagai lagi kontroversi yang sering kali memanipulasi minda yang terbaca tentang salah satu daripada kontroversi atau kesemuanya. Dari dulu hingga sekarang pelbagai Propaganda sama ada dalam bentuk kertas putih atau pembesar suara digunakan untuk menyebarkan pelbagai kontroversi yang indah luarannya. Keindahan yang memukau seseorang untuk bermain-main di dalam tamannya. Apa yang dimisterikan di dalam taman kontroversi amatlah sukar untuk di agak, sukar untuk ditafsir dan kadang kala membuatkan seseorang itu terlalu obses. Perasaan obses yang menyebabkan dia terjerumus dengan aktiviti baik hati seperti yang selalu dilakukakan oleh golongan pintar dalam memajukan diri dalam golongan orang yang terbaik.

Dalam kehidupan yang penuh dengan kontroversi, kita patut tahu mengkontroversikan sesuatu yang biasa menjadi sesuatu yang rumit seumpama berlari-lari di atas lautan yang luas. Ini adalah perkara paling sukar dan kontroversi di dalamnya adalah propaganda memenangkan seseorang itu untuk melahirkan satu autograph yang paling mahal untuk sementara waktu; kerana ia akan bersilih ganti seperti musim-musim yang datang dan pergi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh protokol alam semula jadi. 

Apa yang aku ingin ceritakan di sini sebenarnya tentang kontroversi diri dalam memangkin diri untuk menjadi seseorang yang yakin dengan segala tindakan yang dibuat. Tindakan yang persis, persis dengan keputusan sendiri untuk mencapai matlamat dengan sukses. Apa itu sukses? sukses adalah rangkaian propaganda yang dapat membuat anda berkhayal dengan pukauan mesra alam.

Yang sebenarnya kontroversilah yang menyebabkan semua bertelingkah dengan senyap. Pertelingkah di antara agen-agen rahsia yang amat sulit.

Aku cuma ingin menyelesaikan kesulitan hidupku yang penuh dengan kontroversi jiwa yang klasik.

No comments: