May 15, 2011

Mahu apa sebenarnya ?

Aku melihat sekeliling dan aku melihat lagi di sekeliling sambil berfikir apa yang aku mahukan sebenarnya. Di sekeliling aku juga selalu bertanyakan kepadaku "Apa yang kau mahukan?". Aku buntu tercari-cari dengan fakta yang mana aku perlu kaitkan dengan jawapan untuk soalan yang tersebut. Dan aku menjawab dengan ...

Adakah ini yang kamu mahukan ? 

Kuaci Bersenam
*Credit to people yg rajin upload gambar kuaci*
Kuaci bersenam adalah kuaci yang membuatkan aku terus dan meneruskan lagi perjalanan aku tanpa bosan, kerana aku ditemani oleh kuaci bersenam. Disaat aku bosan aku jumpa petikan dibawah.

Terasa seperti ada yang memancarkan sinar bintang ke arah ku.
Adakah bintang ini yang senang hati perasan bahawa aku wujud?

Bintang Capricon
Hari-hari ku memang biasa sahaja, memang sama sahaja, tapi aku mahu tahu sedikit kata-kata pengkaji bintang tentang diriku ini walaupun peratus kepercayaanku cuma sedikit tapi aku tetap meneliti perkara tersebut juga.

*Apa yang aku mahukan sebenarnya ialah sambungan cerita untuk hari yang esok.

No comments: