May 3, 2011

Mastermind

"Bila tiba masanya, aku ingin melawat aku disana, kerana aku disini kian keruh"
 Aku seorang "Melodramatic thinker" ?. Kepantasan sering dikaitkan dengan kelajuan, kelajuan sesuatu, kelajuan bermadah, kelajuan menerangkan, berapa lajukah kekuatan minda anda ?. Adakah minda anda sedang diusik-usik dengan kepeningan sendiri yang membuatkan kehidupanmu kucar-kacir seperti insan lain yang digelar "clumsy person" dalam kehidupannya?.

"Oh, aku sudah lewat sekarang, tunggu aku disana, mungkin aku tiba setelah engkau pergi tak menunggu"
 Aku hidup seorang jika keluargaku dikecualikan, aku hidup cuma sekali dan aku memberitahu cuma sekali sama seperti manusia yang lain tapi manusia mendengar berkali-kali. Berapakah kelajuan minda anda untuk mengorek akar yang dalam ? Akar yang dalam perlu disiram setiap hari supaya pohonnya keluar ke arah cahaya matahari yang sedia membantu sebelum malam menjelma. Jangan biarkan malam menjelma supaya pohonnya tumbuh seperti nama yang diberikan.

*Padat dan ringkas,
sekali baca, diam seketika,
2 kali baca, keliru memanjang,
"keep on sight", datang sendiri. :) 

No comments: