May 30, 2011

Propaganda Olok-olok

Propaganda adalah salah satu seni yang halus. Seni halus yang mampu memanipulasi pemikiran seseorang seiring dengan maksudnya yang meletakkan emosi sebagai hasil akhir yang PERSIS dan sama sekali bercanggah dengan tindakan rasional yang memerlukan proses pemikiran dua kali.

Propaganda lebih kepada idea pemikiran yang jitu. Namun, ada yang tersalah anggap dengan konsep propaganda dan menjadikan propaganda sebagai medium persoalan yang mewujudkan pertelingkahan diantara ramai jiwa.

Propaganda disebarkan melalui pelbagai cara antaranya ialah berita baru, reviu sejarah, komik fiksen, buku, filem, radio, tv dan poster. Semua cara berbeza dari segi hasil akhir. Hasil akhir yang menampakkan keputusan propaganda tersebut.

Jika anda ingin menyepak bola terus ke palang gol, persiskan idea anda dengan kata-kata yang bernas. Selarikan pendirian anda dengan fakta-fakta yang bermakna.

Aku sebenarnya tidak tahu tentang propaganda.
Ini cuma analogi yang aku tahu, bukan aku yang hasilkan, ini cuma penemuan medium penglihatan dan pendengaranku.Hasil akhir hanya penulisan yang dipadatkan supaya senang dibaca.

No comments: