May 9, 2011

Review : Im here (2010)

Poster Filem I'm Here (2010)
Menonton filem mungkin diantara salah satu cara kita untuk berinteraksi dengan novel yang panjang ;bagi seseorang yang agak sukar untuk menghabiskan masanya untuk membaca. Kebarangkalian untuk memahami apa yang ingin dibuktikan dalam sesebuah filem ataupun novel hanya diri sendiri yang tahu. Mungkin ada yang ingin mengadaptasi fantasi ke dalam kehidupannya, dan mungkin ada juga yang diam tidak terpegun melihatnya, semua idea yang terkeluar pasti berbeza-beza seperti awan di langit yang sering kali bertukar wajahnya mengikut cita rasa pemerhati.

Filem I'm Here (2010) adalah filem pendek yang mengisahkan tentang seorang, seorang yang menjalani kehidupan yang biasa seperti kita. Seorang yang ingin melihat semuanya dengan kreativiti tersendiri. Filem ini dapat dihayati selama 32 minit jika tidak dipotong-potong jalan ceritanya. Ingin mengetahui apa yang ingin dibuktikan dalam filem pendek ini ? Tontonilah dan mungkin kita akan sedar dengan perkataan ini "We has lot to give". Filem yang agak comel dan kreatif.

No comments: