May 31, 2011

Sesuap Nasi


Scien LOVE Klor.

Aku cenderung ingin melihat perubahan yang dramatik dalam diri aku sendiri. Perubahan yang dipenuhi dengan dialog drama yang punya banyak fakta menarik. Inilah aku, aku cuma berkongsi dengan apa yang aku telah lalui kerana aku merasakan masa bagi setiap orang adalah berharga. Pepatah "masa itu emas" sesuai digunakan jika seseorang itu mengisi masanya dengan suapan sendiri. Suapan yang berbentuk sarapan pagi yang sudah pasti akan masuk ke dalam minda. Jangan dibaca jika tidak faham.

Aku juga sama seperti anda semua, ada masa aku binggung, ada masa aku pasrah, dan ada masa juga aku bersemangat. Kenapa situasi sebegini wujud? Ia wujud disebabkan gagal menguasai diri apabila kalah dalam menguasai sesuatu. Jangan dibaca jika tidak dipupuk perlahan-perlahan.

Aku punya satu minat yang sangat mendalam. Minat yang aku pupuk dari dulu lagi, kalau dikira masanya mungkin hampir 9 tahun aku mengikutinya.

Aku ingin berkongsi sedikit tentang 123Klan. 

123Klan ini berasal dari France dan ditubuhkan oleh Scien & Klor, suami isteri yang minat pada graffiti. Mereka menyifatkan karya graffiti mereka dengan "when street knowledge meets technology and graffiti melds with graphic design". Agak kompleks juga. 

Disebabkan minat yang mendalam, aku terikut-ikut dengan graffiti tapi bukan di dinding sana. Aku cuma lukis di kertas sejak dulu lagi. Aku sudah hadam semua "skill" & "style" 123klan untuk kegunaan sendiri dan untuk kepuasan sendiri tapi tidak sempurna seperti mereka yang pintar sana. Cuma satu yang menyedihkan aku, aku belum menguasai sesuatu yang aku minat. Aku pun menjadi binggung dan pasrah. Kepasrahan yang membuatkan mindaku berkata "Just go with it, and give up". 

Ini bukan pertunjukkan cirkus, ini bukan juga cerita seseorang, ini cuma sesuap nasi.

No comments: