Jun 30, 2011

Selepas Berpura-pura




Dulu berbasikal berseronok di jalan lurus,
terjatuh ditolong di jalan bengkok,
masih juga diingat sehingga sekarang,
seperti peperangan kembali terang,
menerangi hari sendiri berfikir panjang,
mahuku lari ke sudut ada kawan banyak,
bercerita tentang hari esok,

dan
di kala diam semua terdiam,
ada juga tercerita tentang rahsia semalam,
ketawa sendiri sekeliling jadi suram,
tiada yang mengerti,
seperti kehidupan seorang perantau,
mana mahu orang tahu bukan.

Boleh aku tembak sekali lagi ?
Semua perkara,
satu persatu,
dari dalam hingga ke luar aku pecahkan,
tentang keamanan dalaman,
keharmonian jiwa dalam,
kedamaian prestasi bersendirian.

No comments: