Jul 24, 2011

Kebunku di sini

Berkebunku di sini menanam benih,
tumbuhnya lalang tenggelam semua,
aku pun pelik terbeliak mataku melihat,
dari mana datangnya lalang,
membuatkan aku terfikir tentang silapnya di pangkal jalan,
tentang benih yang membuatkan aku keliru,
kekeliruan seperti yang jauh tampak dekat,
dan angin yang bertiup menerbangkan aku,
seronok pula rasanya dibawa angin terbang,
bekal tiada, sampai juga di lereng bukit,
melihat alam sepertinya aku baru lahir di dunia ini,
Adakah aku masih terkejut dengan siapa-siapa yang rasa dapat mengejutkan aku ?

Sesampainya aku dikota,
baru ku tahu ada empat belas benih perlu ku pilih.
dan mungkin lebih banyak masih menunggu untuk ditanam.
 Kelabu mata sama.
 Cuma kiasan tentang perkara yang samar-samar.

////////////////////Peace out! Style is the MESSAGE ////////////////////

No comments: