Jul 13, 2011

Penindas hebat

Bosan,
Bosan dengan orang yang disebelah,
Bosan dengan diri sendiri,
Bosan dengan keadaan sekeliling yang sama,
Bosan dengan hari yang hampir sama,
Bosan dengan kehadiran rasa lapar yang sama,
Bosan juga dengan perkataan bosan.

Bosan adalah satu fenomena alam yang selalu dipersoalkan oleh manusia. Bosan sering berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan yang sunyi. Keadaan sunyi yang membuatkan dia termenung jauh menembusi jiwa sendiri. Entah kemana pula jiwa dia lari ya. Yang ruginya, mata yang mengantuk. Lebih baik dilelapkan sahaja mata yang bosan itu dengan cerita dodoi zaman dahulu kala. Cerita sang kancil pun bosan juga kerana sudah kerap kali didengari. Kenapalah.

No comments: