Aug 19, 2011

Karakterism

You can do it ?
Berlakon tergolong dalam seni sama ada di atas pentas, televisyen ataupun filem pendek/panjang. Seni yang yang lahir dari lakonan seseorang bergantung dengan kreativiti masing-masing dalam menguasai watak yang dipegang. Watak pula adalah karakter seseorang dalam sesebuah lakonan.Karakter punya banyak pilihan.

Apa yang ingin diperkata-katakan di sini ialah karakter diri sendiri dalam menghidupkan kehdupan diri.
Mungkin kehidupan yang sepi bertukar menjadi gembira ataupun yang sebaliknya. Masing-masing punya cara yang tersendiri untuk meneliti diri sendiri. Penelitian pula berfaktakan sesuatu yang dihadam sebelum hari ini, dan esoknya ialah hari untuk mengaplikasikannya. Kita cenderung untuk mengaplikasikan sesuatu lakonan yang dilihat di televisyen untuk memesrakan diri dengan sahabat di sebelah, mungkin juga alam yang sedang bergetar. Kecenderungan ini adalah lakonan diri sendiri dalam kehidupan. Bukan hanya pura-pura semata-mata tetapi untuk mengeratkan lagi keakraban untuk kehidupan yang gembira. Elakkan monolog dalaman seperti yang sedang saya lakukan sekarang.

Mungkin ini cuma monolog untuk saya sendiri. Aku punya kehidupan yang perlu dihidupkan dengan kreativiti aku sendiri.

Berlakon ktk ehhh ...

No comments: