Aug 3, 2011

Langsuyir bermadu dengan anak bangsawan

Bermadah rupanya, mereka semalam,
bertadah dengan daun pisang,
dia sedang apa ?
Akan ku fikirkan tentang itu,
tentang keriangan lama ditelan zaman,
tentang kepalsuan riak muka orang nomad,
semuanya hanyalah conteng lukisan imaginasi kanak-kanak,
sekadar untuk mengilusikan sesuatu yang sukar dijangka,
bunga ros merah agaknya,
kelihatan dari sini,
merah rasanya,
ingin dicium,
pecah semuanya,
Analogi yang agak sepadan bukan untuk suka-suka tetapi amat dalam,
sedalam lubang cacing .

Tentang kekusutan yang agak sama,
pereka adegan mili dan milo,
bercumbu ke taman permainan,
tapi berlainan adegan,
berlainan juga rasanya tapi punya irama yang sama,
irama yang ingin bersuka ria,
bermesra dengan kemesraan yang membuahkan entah aku pun kurang pasti tentang hasilnya.

-.-" kamu agak pelik.

No comments: