Mar 31, 2011

Determination

Jika anda sedang membaca ini sila baca ini dulu *highly recommended


Aku inginkan sesuatu yang luar biasa,
Setiap nafas yang aku sedut dan aku keluarkan, titik peluhku,
dan tatkala aku terlalu "paranoid".
Setiap titisan air melegakan jiwaku,
Adakah engkau ingat ?

P.S ini bukan perasaan aku sekarang, ini ialah ilusi aku .

Intimidation

Aku di sini bukan kerana "ingin",
Aku cuma orang asing yang tak perlukan apa-apa,
dan contoh-contoh lama membelit bayanganku,

Apa yang aku katakan bukan seperti yang semua orang fikirkan,
dan apa yang semua orang fikirkan mungkin tidak sama seperti yang aku fikirkan,
Akulah gitar, dan jiwaku pendengarnya.
Kerana itulah kepuasan sebenar.

P.S aku ada gitar, kau ada gitar ? jiwakau mendengar gitar kau tak ? ^o^

You all tahu apa itu "Warhol" ? Ini adalah warhol, find yourself ...

Mar 30, 2011

Popstar

Bintangmu malap tidak terkelip,
Pemberianmu mendalam, jernih airnya,
Pancaranmu tidak menyakitkan, senyuman keriangan,
Terlayang-layang manusia dibuatnya,
Mahupun tiada yang sudi melambai,
Kenapa engkau tidak menyinarkan peganganmu terus ?
Mungkinkah keegoanmu lenyap ?
Lenyap menjadi pasir ?
Adakah kerana kehendakmu ?
Memberi tanpa menyakiti ?
Melompat sepuluh peratus ?
Berjuta-juta maksud yang tidak pernah putus ?
Teman masa hadapan ?
Biarkan saja .
P.S Ini cuma coretan ilusi bintang saru
*Popstar bermaksud baca di entry ini terletak paling bawah sekali. 

Do you want ?


"What do you want?"
"I want it all." - Pete Doherty


He said "some men born rich, some men born poor, But they're rich in other ways" Into my heart his wisdom poured - Pete Doherty - East of Eden 

Dota Strategy : Dazzle - Shadow Priest

Ini adalah tips kedua, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila-sila komen akan dijawab dengan pantas kelajuan sonik.

Dazzle - Shadow Priest
Range: 500 | Move Speed: 305
Primary: INT
Str: 16 + 1.85 | Agi: 21 + 1.7 | Int: 27 + 3.4
Damage: 41 - 59 | HP: 454 | Mana: 351
HP Regen: 0.73 | Mana Regen: 1.09
Attack Speed: 0.71 | Armor: 2

Skills
1. Poison Touch (T) - "Disabling skill" untuk perlahankan hero lawan. *guna ketika hero lawan hendak lari
2. Shallow Grave (G) - "Skill" untuk menyelamatkan diri dan team sendiri.
3. Shadow Wave (D) - boleh digunakan untuk "heal" dan damage hero pihak lawan.
4. Weave (W) - Menambah "armor team" dan mengurangkan "armor" pihak lawan. *guna ketika dalam battle besar-besaran pada pertengahan dan akhir permainan.

Skills yang patut di "up" mengikut turutan :
  1. Poison Touch 
  2. Shadow Wave 
  3. Weave 
  4. Poison Touch 
  5. Shadow Wave 
  6. Shallow Grave 
  7. Weave 
  8. Poison Touch 
  9. Shadow Wave 
  10. Weave 
  11. Shallow Grave 
  12. Poison Touch 
  13. Shadow Wave 
  14. Weave 
  15. Shallow Grave  
  16. Stats
  17. Stats 
  18. Stats 
  19. Stats 
  20. Stats 
  21. Stats 
  22. Stats 
  23. Stats 
  24. Stats 
  25. Stats 
"Skills" yang patut di "up" kan ini perlu dikemaskini oleh anda sendiri bergantung kepada keadaan "match" tersebut dan perlu di ingat skills yang di "up" kerana ia penting sebagai rujukan anda masa hadapan.

Item untuk Dazzle
Secara keseluruhan Dazzle berperanan sebagai "supporter" dalam sesuatu permainan, secara tidak lansung "item" yang dibeli mestilah berkaitan dengan "item" yang boleh membantu "team" anda. *Jangan takut kalau "item" tak banyak yang penting "mana pool" mesti banyak kerana tugas anda adalah "spammer".

*Pada permulaan game
Item yang perlu dibeli pada awal game :

  • Tango
  • Sobi Mask ("upgrade" menjadi "ring of basilius" sebagai sumber mana)
  • Ring of regeneration ("upgrade" menjadi "Headress of Rejuvenation")

Item yang perlua ada pada pertengahan game dan akhir game : 

  • Urn of Shadow (ini sangat penting untuk "hero supporter" seperti Dazzle) *patut dah siap pada awal game
  • Kasut (sama ada "arcane boot" atau "power trade", ikut naluri) *patut dah siap pada awal game
  • Mekanism (Sumber hp yang berguna untuk diri sendiri dan teammate)
  • Khadgar's Pipe (Untuk mengurang magical damage) *penting dalam tournament ataupun clan match
  • Guinsoo (beli jika duit mencukupi)
  • Eul's Scepter (Optional) *sebagai "disabler" jika ada Balanar, eul balanar dan lari 
  • Aghanim's Scepter (Sangat diperlukan untuk menambahbaikkan kekuatan ulti)
  • Shiva's Guard (juga penting kerana Dazzle sangat lembut)
Corak permainan : 
Pada awal permainan, pilih kawan "lane" anda dengan baik, paling sesuai "strength hero" yang "melee" kerana tugas anda membantu kawan anda "farm" dengan baik dan boleh menjadi "tanker" yang terhebat nanti. Pemilihan "lane" amat penting tetapi ia bergantung dengan fungsi sebenar anda dalam permainan. "Harass" hero pihak lawan kaw2x.

Jika ada peluang untuk membunuh pada awal permainan, jangan teragak-agak untuk membunuh dan kawal "lane" sampai awal permainan habis.

Pada pertengahan permainan anda perlu "stick" sekurang-kurangnya dengan seorang hero "teammate" anda kerana tugas anda adalah "supporter" dan elakkan dari seorang diri. Pada masa ini, kebolehan "Poison's Touch" sangat berguna  dan mungkin sudah "level 3" dan ia ada "1sec stop/stun". "Item" anda pada masa ini sudah siap dan "mana pool" cukup untuk bertahan dalam "battle" dan pastikan anda berada dekat dengan rakan anda untuk memastikan jarak "spell" anda kena. "Heal" rakan sebanyak yang mungkin.

Pada akhir permainan, mesti bermain dengan serius dan elakkan daripada mati sia-sia kerana anda adalah orang penting dalam "battle" dan pastikan "ulti" anda di "cast" pada tempat yang betul dan jangan cast kat pihak lawan, "cast" pada "tanker" anda, maksud saya tanker "priority". Mulakan "battle" dengan baik.

Tips : 
  • Pastikan anda membantu rakan anda dan jaga "tanker" ataupun "carrier".
  • "Poison's Touch" boleh batalkan "teleport" dan "channeling skills" seperti witch doctor, rylai, sand king .
  • Spam skill anda dengan baik dan elakkan dari di "aim".
*Tips ini akan diubahsuai mengikut keadaan dan mungkin akan diubahsuai oleh "my clan supporter".

Mar 29, 2011

Selasa 29/3

Suasana yang menenangkan fikiran dan tak buat rambutku kusut masai
Kejadian ini berkaitan dengan bunyi bising bercampur hingar bingar yang menganggu rakyat jelata di Kota   Ingin  Terbang di daerah Kota Menangis dalam taman otakku. Perlakuan yang aneh seringkali didengari oleh mindaku yang membuatkan aku rasa ingin pecahkan misterinya.

Misteri oh misteri . habiskanlah perkerjaanmu di dalam dan biarkan aku hidup tenang dengan keadaan yang normal. Jika engkau damai, mungkin aku tidak perlukan penenang buatan untuk memangkin segala operasi yang baik hati. 

Dengarlah ok? Nanti aku cerita lagi ..

Next day : Aku akan memuntahkan segalanya

Dota Strategy : Lucifer The Doom Bringer

Ini adalah tips pertama saya, diharapkan ia bermakna pada para dota sekalian. Tujuan saya membuat tips ini adalah untuk mengukur pemahaman saya terhadap dunia Dota yang saya sayang-sayang selama ini. Saban hari saya tergoda dengan usikan manja hero-hero baru dan skill yang terbaru.

Lucifer - The Doom Bringer

Range: 150 | Move Speed: 290
Primary: STR
Str: 26 + 3.2 | Agi: 11 + 0.9 | Int: 13 + 2.1
Damage: 53 – 69 | HP: 644 | Mana: 169
HP Regen: 1.03 | Mana Regen: 0.53
Attack Speed: 0.65 | Armor: 0

Skills 
1. Devour (E)
2. Scorched Earth (T)
3. LVL ? Death (V)
4. Doom (D)

Skills yang patut di "up" mengikut turutan : 
  1. Devour
  2. LVL ? Death 
  3. Devour 
  4. LVL ? Death 
  5. Devour
  6. LVL ? Death 
    Skill yang seterusnya bergantung dengan corak permainan anda, jika anda rasa hero lawan yang sama lane dengan anda senang untuk dibunuh, "up" kan LVL ? Death, agak susah saya nak terangkan keistimewaan LVL ? Death tetapi ia amat memudahkan kita untuk membunuh.

    Item untuk Doom Bringer
    Item untuk Doom Bringer bergantung dengan keupaayan kita mencari duit "farming skill". Kelajuan kita mengumpul duit amat berguna kerana lebih cepat dapat duit lebih cepat kita "owning" ataupun membunuh hero-hero pihak lawan. 

    Pada permulaan game beli item ini : 
    • Quelling Blade
    • Tango
    • Recipe Soul Ring (berguna dan completekan secepat mungkin) 
    • Ayam
    • Selebihnya bergantung kepada diri sendiri
    Item yang perlu : 
    • Radiance (jika anda hebat farm dan pastikan anda sudah ada kasut terbang kerana ia berguna).
    • Aghanim's Scepter (pastikan anda membeli ini kerana ia menambahkan kuasa utli anda).
    • BKB (item ini sungguh penting jika anda rasa hero pihak lawan adalah super disabler.
    • Vanguard ( Beli item ini juga jika anda rasa tiap kali anda masuk "battle" nyawa merudum macam air)
    • Hood of Defiance (Ini penting jika pihak lawan mempunyai spammer yang banyak)
    • Heart of Tarrasque (Item ini memudahkan anda untuk menjadi "tanker" dan membiarkan killer team anda untuk membunuh hero team lawan. Di sini fungsi anda adalah sebagai orang yang bertahan)
    • Blade Mail  (Blade mail amat penting jika ada Drow Ranger di team pihak lawan)
    • Linkern's Sphere (Item ini juga berguna tapi optional bergantung dengan duit anda)
    • Dagon (Amat berguna pada awal game tapi jangan upgrade, beli item yang penting dahulu bergantung dengan corak permainan sama ada team anda sedang owning ataupun team pihak lawan sedang owning.
    • Kasut Terbang ( Ditambah dengan Scorched Earth dapat menjadi mekanism melarikan diri)
    Item yang tak perlu dibeli dan elakkan daripada membeli : 
    • Battle Fury (radiance lebih menyenangkan farm)
    • Item attacker ( jangan beli kerana anda bukan attacker sebenar)
    Corak Permainan
    Pada awal game, kita mesti mengkaji dulu hero team kita dan hero team pihak lawan kita, kerana peranan Doom Bringer dalam sesebuah game amat bergantung dengannya. Oleh itu, kita kaji dulu hero-hero.

    Ok, sini saya akan bagi sedikit cara untuk farming.
    • Pastikan anda farming dengan betul jika tidak dapat farm cuba tukar lane
    • Pastikan anda "spam" skill Devour sebaik sahaja habis "refresh" dan ambil creep range.
    • Pilih lane top untuk jika anda scourge dan bottom jika anda sentinel, jika pandai solo mid lebih baik.
    • Pastikan anda tidak membeli item yang salah.
    • Pastikan anda membantu dalam game dan beli "tele" untuk memudahkan anda pergi membantu.
    • Pastikan anda siapkan item anda terdahulu dengan membunuh dan farm dengan cara yang betul sebab itu saya syorkan untuk membeli tele kerana anda dapat membantu jika team anda diserang.
    • Pastikan anda level up dengan cepat dan jangan kurang level kerana Doom Bringer cepat level up.
    • Pastikan anda check "Armor" kerana armor yang kosong sangat senang dibunuh.
    • KS sebaik yang mungkin (hahahaha)
    Cara untuk membunuh, Doom Bringer yang lebih dikenali sebagai Lucifer mempunyai ulti yang super kerana ia mampu "silent" hero lawan yang terkena ulti dan pastikan Ulti anda berguna kepada keseluruhan game. Maksudnya ulti hero lawan yang patut diulti contohnya hero "spammer", hero yang senang dibunuh seperti hero intelligent. Gunakan ulti dengan sebaik yang mungkin kerana Doom adalah "disabler" yang boleh diguna pakai. 

    Pastikan anda membawa rakan anda jika tidak pasti dapat membunuh hero lawan, lagi cepat anda membunuh kebarangkalian "back up" pihak lawan untuk membantu tipis. 

    Tips : 
    • Check dulu hp hero pihak lawan dahulu sebelum membunuhnya, adakah semua magical damage dapat membunuh terus dan kira semua damage termasuk fizikal damage by attack. Ok? 
    • Jangan cari hero yang senang lari seperti yang ada skill "blink". Jika ingin membunuh juga kerana takut hero tersebut "fat" ajak rakan anda untuk membantu dan pastikan rakan anda itu ada skill disabler seperti "stun", "hex" dan "ikat". 
    • Jangan membazir ulti sesuka hati jika tidak pasti untuk membunuh.
    • Jangan feed dalam permainan, elakkan dari di "ganking" dan terus farm dan nantikan peluang untuk membunuh, jika ingin membunuh, perhatikan lane semua lane dahulu, pastikan hero yang hendak dibunuh seorang dan elakkan dari stunner hebat.
    • Jika ada killer dalam team anda, bagi peluang kepada killer untuk farm dengan cepat dan Doom Bringer pergi mencari mangsa dan kacau hero lawan yang sedang farm.
    Tips ini akan saya updatekan setiap masa mengikut perkembangan otak saya kerana ia mungkin sedikit dan banyak lagi yang perlu anda tahu tentang Doom Bringer :)

    *Mesti guna Warkey jika main dota! 


    Kenapa follow blog ?

    Sebelum memulakan perbicaraan yang baik hati, saya ingin kongsikan petikan kata-kata dibawah.

    "Oh, never mind the fashion. When one has a style of one's own, it is always twenty times better." - Margaret Oliphant Oliphant 

    Oh, sudah baca? sendiri faham :) 

    Oh kenapa saya ingin kongsikan petikan kata-kata diatas ? 
    Ini disebabkan saya juga ingin berkata-kata di sini :) 

    Sudah menjadi lumrah kehidupan kita untuk mengikut "trend" hidup yang kian pesat membangun bak hujan lebat yang tak akan henti sehingga kepulan zarah air di awan habis. Kehidupan yang kian rumit melelehkan sedikit sebanyak tentang perkara yang baru dan memangkin akal kita untuk mengetahui lebih banyak keputusan tentang sesuatu perkara. Mari kita lihat contoh ini : 

    Situasi 1:
    Seseorang yang ingin membuat robot dan dia telah membuat robot tetapi pada keesokkan harinya, beliau melihat robot kawannya lebih "advance" dari robot dia dan ini membuatkan beliau rasa tercabar dan ingin mencari lebih banyak sumber tentang robot untuk memperbaharui ciptaannya. 

    Ok, Situasi 1 tidak termasuk dalam subjek sebenar "kata-kata" keseluruhan entry ini. Ia cuma memberi sedikit gambaran tentang kepentingan kehidupan di taman otak anda. Biar ia bermain di minda anda dan biarlah otak anda boleh terbayang dengan ilusi yang lebih "advance".

    *Berbalik kepada tajuk utama*

    Situasi 2 : 
    Kepentingan adalah sesuatu yang kita perlu, betul bukan? , lebih sinonim dengan amalan kita belajar, jika kita ingin belajar kita perlukan buku, pensil, idea, dan banyak lagi. 
    Ia penting bukan ?
    Kenapa ia penting ?
    Kerana belajar adalah kepentingan dalam kehidupan yang baik hati.
    Yang ini juga tidak berkaitan dengan kata-kata sebenar entry ini.

    *Berbalik semula kepada tajuk utama* 

    Saya suka follow blog lain kerana saya rasa ia kepentingan saya sama seperti Situasi 2.
    Kenapa ? kerana jika blogspot letak icon "follow" sudah pasti ia mempunyai maksud yang tersendiri dan kita terpaksa mencari apakah motif sebenar button "follow" tersebut. (untuk blogger dan pengguna gmail).

    *Mungkin ada yang telah terdedah dengan perkara ini dan mungkin ada yang belum.

    Apakah "perkara" tersebut ?

    Ok, here we goes .... icon "follow" berfungsi untuk meletakkan live feeds dekat "Google Reader".
    Apakah google reader ? Google reader adalah live preview updated blog yang kita follow dan ia bergantung sama ada kita follow blog tersebut menggunakan nama blog kita ataupun akaun gmail kita. 

    Apakah kepentingan Google Reader ? Ia boleh dikaitkan dengan Situasi 1 di atas.
    Maksud : kita lebih update dengan kegiatan blogger sebenar dan ia sesuai dengan sesiapa sahaja yang ingin mengkaji tentang amalan blogger di Malaysia. Sekarang ini saya lihat ada yang membuat "paper". Paper ini ada dalam bentuk jurnal yang di "tesiskan" untuk kepentingan menghabiskan pengajian anda.

    Contohnya: Kajian Tentang Amalan Blogger yang Baik Hati 

    Saya dulu buat kajian ini : Kajian tentang robot yang kian menjadi pengganti pekerja di sesebuah kilang .

    Ok, kajian saya itu tipu, bukan kajian sebenarnya, saya cuma nak mengaitkan ia dengan Situasi 1.

    Saya akan tunjukkan "Google Reader" yang banyak saya tegaskan di atas. Lihat gambar contoh di bawah.
    Gambaran Google Reader
    Sudah tengok ?itu adalah entri saya yang sebelum ini, saya memang follow blog saya sendiri seperti saya  menyayangi diri saya sendiri :)  hahaha jangan tengok belah kanan, kantoi perkerjaan saya :) ada warkey lagi tuh, confirm baru habis main DOTA. 

    Selesai sudah kata-kata baik hati daripada sang rimba yang inginkan keamanan dunia yang selamat. 

    Akhir kata saya ingin kongsikan lagi kata-kata indah dari Henry R. Luce

    "Show me a man who claims he is objective and I'll show you a man with illusions."- Henry R. Luce

    Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang sungguh panjang yang comot seperti baru lepas makan ais krim di beli dekat supermarket tetapi jangan risau saya sudah mempermudahkan anda membaca dengan menghitamkan keyword yang perlu dihadam.

    P.S ini bukan novel ini adalah gambaran dan jadilah rama-rama :)
    P.S saya suka perkataan "Brilliant" kerana saya ingin menjadi "popstar". Popstar bukan artis ok, popstar ialah bintang yang berkelipan di otak anda. Ia adalah sumber idea yang berkelipan dan seringkali menyinarkan sumber baru yang boleh diperbaharui. Ilusi yang dalam. 

    Dota Review

    loading screen baru kot :) 
    Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang permainan Dota yang remaja gila-gilakan sekarang, saya juga boleh dikategorikan dalam remaja yang suka DOTA. Kalau mengikut prinsip segilintir pemain dota di Malaysia, DOTA bermaksud, Dunia Orang Tanpa Awek = DOTA. Pada pendapat saya, mungkin betul dan mungkin tidak. Kalau girlfriend dia pun main Dota gak? sama la kan .. :)

    Walaubagaimanapun, Dota memberikan kepuasan yang tak pernah putus walaupun kadang-kadang ia melalaikan dan boleh diibaratkan dengan kata ini "Sekali main, nak lagi" :)

    Apa itu Dota? 
    Dota adalah permainan Warcraft, ia bermula dari sebiji map yang dinamakan Dota oleh Icefrog dan terus berkembang dengan versi versi yang kian mencabar dan seringkali diselitkan dengan penambahan hero baru, item baru dan skill yang baru.

    Scourge, Sentinel dan Neutral adalah puak-puak yang terdapat dalam Dota. Setiap puak pula terdiri daripada watak ataupun hero yang berlainan tetapi dalam permainan dota pemilihan watak bergantung dengan mode yang dipilih oleh "host" ataupun "Match Creater". Contoh mode yang selalu dipilih APSO, ARSP dan berbagai lagi APSO bermaksud kita boleh pilih hero sendiri di "tavern" yang disediakan samada Scourge, Sentinel dan Neutral. ARSP pula hero dipilih secara random dan player pun random.

    Dalam dota ada 10 orang pemain, 5 di bawah(sentinel) dan 5 di atas(scourge).
    Ada lebih 90+ hero mungkin dah lebih 100, *tak pasti

    Setiap hero mempunyai skill yang tersendiri dan bergantung dengan "item" yang dibeli oleh pemain. Item dibeli dengan duit yang diperolehi daripada "Creep" dan "Enemy's Hero" yang telah dibunuh. Maksudnya, kalau bunuh banyak pasti kuat tapi bergantung dengan hero sebab ada "late game hero", "early game hero" dan "mid game hero".

    Kalau difikir dengan lebih sistematik, Dota ialah game yang memerlukan semangat "Teammate yang kuat". Kerjasama paling penting, saya rasa dalam semua perkara yang kita buat kalau berkerjasama pasti dibuat dengan cepat kan? Tapi team dota yang sempurna mempunyai ciri-ciri hero yang tersendiri seperti carrier, semi-carrier dan supporter. Pemilihan hero dan teknik bermain secara berkumpulan sangat penting. 

    Bagaimana Nak Menang ataupun motif sebenar DOTA.

    • Kita pecahkan throne dorang ... :)
    • Sekarang ini permainan DOTA sampai peringkat dunia :)
    • Dulu setiap hari saya akan menganisis kira-kira 3 games match Professional Dota Player :)

    Saya dah main dota lebih 3 tahun.
    boleh dikatakan pemain dota tegar ..

    maaf bahasa kurang siuman sebab dalam keadaan tak waras :) 

    *Cuba anda pikir, dalam dota ada lebih dari 90 hero, nak ingat semua skill setiap hero ni perlukan masa.
    Dan sekarang saya sudah ingat semua :) ...

    Kalau anda sedang belajar jangan main dota, kang extend kang, nak extend tak ? awek pun boleh lari .. ahaha kerana kalau asyik bermain dota, mana ada masa nak layan awek, mungkin sebab itu awek saya lari. entahlah :'( . Saya tetap menunggu. 

    You're ?

    saya pun nak jadi rock  juga, boleh tak ? :P 
    geram dengan kucing, gigit! teringat kat adik dulu selalu geram kat kucing tapi sekarang lari tengok kucing .
    baby pun nak tengok cite kat laptop gak. cite best tuh, tengah kusyuk, mungkin tengah tengok diri sendiri kat webcam.

    haha,terkejut saya kena gambar.. 

    yo yo, nak rap sikit boleh ?

    A: jangan sedih-sedih k, saya ada di sini ; B : nak sedih juga, hukhukhuk 
    kenapa lah mak saya tak sediakan mangkuk jamban yang rendah ,  terpaksa pula tembak, susah kot nak tembak, kena kira  guna konsep fizik dulu.
    pejam mata sikit, comel tak? kamu menginggatkan aku kepada si dia.
    Semoga gambar-gambar ni dapat menarik perhatian anda:)

    *credit to google.com, you're the best! . hahaa 

    Mar 28, 2011

    Mode

    Now : Dota
    Tomorrow : Inner-state refreshment
    Someday : I'll think about it later, ok .
    The day after someday : Maybe happy rather than being sad :)

    *Status

    Angin sepoi bahasa

    Oh wahai angin,
    terbangkan aku merentasi cakerawalamu,
    jemput aku dengan pelangi yang menunggu hujan reda,
    berikan aku sekeping kertas,
    kertas yang punya banyak pengalaman,
    biar aku tahu semuanya,
    tidak aku tersungkur jatuh ke tanah licak,
    tidak aku terdampar dibawah kegetiran,
    tidak aku berasa asing dengan perjalanan hidupku,
    dan kesyukuranku akan menghangatkan sisa hidupku,

    angin, gambarkan aku keselesaan mengcengkam langit,
    biar aku tidak berselisih dengan sang durjana,
    peneraju duka,
    peneraju sosial,
    peneraju kapitalis angkatan pembunuh jiwa,
    kebinggungan aku mungkin tergambar dengan
    suara jemputan kamu, wahai angin ....
    hidupkan kota idamanku,
    lahirkan aku pesta harapan yang pasti..

    Mar 27, 2011

    Belum ada tajuknya

    sit down, i wanna sit down (5x)

    i dont wanna stand up (5x)

    I should speak up (5x)

    i'm going to deepest ocean,
    cleaning out my blood,
    ohh stranger, oh stranger , oh stranger ..
    i speak to myself, i speak to myself,
    there's a cloud in my mind, rain come down,
    i couldn't let you out,
    this is control, we're on drive
    I tried to, but there was nothing,
    Darkness whispering,
    follow me to the end,
    they turn me out,
    they train me out,
    you dont want to be alone? don't you?
    nothing to feel for now,
    i lost myself coz of previous scent,
    heavy scent,
    killer scent,
    drama scene,
    liar,
    get out of my case,
    this is my base,
    you dance,
    leaving a glance,
    snap!

    bukan fikiran, bukan khayalan, cuma sangsi ..


    *updated, noted for myself

    Sentimen Kerah asap untuk diteropong

    Oh bila lagi,
    aku ingin terbang di angkasa raya,
    seperti burung yang merasa bebas,
    jiwa bermonologi dengan alunan asap yang terkepul sendiri,
    satu difikir, seribu layananannya, dan
    kekerasan jiwa sebak mengawal pasti menjadi-jadi,
    dan tatkala aku tenggelam,
    seperti ada jari yang halus inginkan,
    aku gapai,
    mari kita berketawa dalam halusinasi indah ?
    biar kita rasa ilusi yang mengebu-gebu di jiwa,
    noktah, padamkan bila sudah terlayang,
    nanti kian terapung,
    takut sesat.
    terus gapai jari-jemari yang halus ..

    *inner-state of mind - drive till the end

    Life

    Loading 40% 

    Mar 26, 2011

    rupa-rupa ada pelupa

    adanya satu urban, didiami manusia,
    pelbagai rupa,
    sukar didukung,
    pelbagai nafsu,
    sukar ditafsir, dan
    ada nya satu sore,
    wujud satu perkara,
    yang saban hari terlupa,
    lupalah pula satu masalah bagi pelupa,
    selalunya duka itu sedih, itu kurang senang,
    selalunya senang itu bukan ria yang kita ingin,
    dan
    aku hidup antara dukaria, dapatkah aku,
    mereka beria, mereka berduka sekali lagi,
    sebaliknya didalam ria ada duka, senangkah kamu,

    "ada saja urban, pasti ada yang ditinggal diibaratkan seri pagi di jendela lama hilang"

    Sejenak bersama Easybeats

    Gelaran minimalism mungkin sesuai untuk seorang yang berhati musik, berjiwa seni. Setiap perbuatan pasti bersangkut paut dengan musik yang diminati. Sama ada seseorang itu menyerap semuanya ke arah kebaikan ataupun kejahatan, terpulang dengan diri masing-masing tapi jangan tempiaskan kejahatan kepada manusia lain.

    Mungkin aku bersifat minimalis, tetapi jiwa aku tetap masih di peringkat sedar, masih boleh berfikir dengan waras dan tak perlu aku bawa semua orang untuk ikut aku. Atau mungkin aku akan berjalan sendiri, kerana aku tak nak orang pikul dosa aku. Aku juga tak perlukan orang lain untuk "back up aku".

    Berbalik kepada "Sejenak bersama Easybeats" 

    Easybeats adalah band Rock and Roll yang berasal dari Australia. Kewujudan Easybeats sedikit sebanyak menghidupkan musik Rock and Roll di Australia yang menpengaruhi band Rock and Roll selepas zaman Easybeats berakhir. Musik Easybeats mungkin juga ada seperti musik The Beatles, mengikut inspirasi masing-masing, mengikut suasana yang ingin disampaikan tapi yang lebih pasti Rock and Roll.




    Jemputlah ke KUCHING INDIE REBEL untuk informasi tentang musik british dan yang seangkatan dengannya. :) PEACE 

    Kisah silam memeluk tubuhku

    Sedih aku, dengar tawamu,
    sepi mati, menusuk jiwaku, 
    dan 
    kau tak pernah
    sekali, 
    merasakannya, 

    aku ingin, pegang tanganmu, 
    simpul mati, ku cuba ikatkan,
    dan 
    aku tak pernah
    sekali, 
    lepaskannya, 

    saban hari,
    bahagia tenggelam, 
    namun aku masih,
    dibuai piluku, 

    *notes - baca dengan nada melankolik

    Efek suasana

    kamu bagi bunga, aku tak kesah, semua tahu
    saya tiada hadiah untuk kamu,
    saya cuma ada masa, tapi
    seperti ada yang ingin merapatkan kita,
    aku tak suka, orang lihat,
    ada benci, ada suka,
    pejamkan mata.

    aku adalah sonic,
    sony gunawan juga aku,
    terlebih laju itu juga aku,
    cukup sudah aku tak ingin,
    merasa bangga merasa sombong,
    terus berjalan diatas jambatan,
    akan menanti tanpa penghujung,

    *1st by InspirationalEfeks
    *2nd verse by BaladaMusisiSampaiMati

    Don't turn out like me


    Pilihan terletak di hati,
    bila disoal, jiwa katanya,
    Bukankah sudah diajar untuk berfikir secara rasional?
    Ohh, mungkin perlu diarah, atau
    perlu dihunuskan simpulan ke jiwa, biar terasa,
    aku bukan seperti kau, aku berbeza,
    cara aku berbeza, aku baik, *dalam fikiran yang sebaliknya
    jemput ke mari, bila ada masa ..
    tapi aku bukan sumber,
    aku cuma pengantara yang belum pasti berkatnya,

    "we don't need to be someone for someone else,believe me, wouldn't change a thing"

    *P.S nak promote The White Shoes & Couple Company - senandung maaf

    Mar 25, 2011

    Kunyah-fu ini

    jangan tengok pls

    Aku sudah puas, menyebarkan segala cerita, dan
    terus berlagu, lagu O' Plasifikasifar,
    Nyanyi seperti Jarvis Cocker, 
    sambil main poker, 
    puas juga aku dengar cerita orang lain, mungkin
    Ada yang menipu, swindle, isn't it ? dan
    ada juga yang main tengok, chewing?
    aku pun hidup seperti orang lain juga, 
    kalau aku sedih, orang tak perasan,
    kalau aku gembira, orang perasan,
    kenapa ya? anda paham? 
    aku rasa mendarat di satu tempat dan tidak merosakkannya, sungguh indah seperti seni lukisan bogel,

    "Kunyah-fu ini" 


    *lagu O' Plasifikasifar lagu aku sendiri ... 

    Diskominasi O da da

    Dominasi

    Bila semua orang tidur, aku bangun,
    Bersembunyi di sebalik selimut, tiada yang dapat melihat,
    Aku berharap dapat mendominasi,
    Aku ingin "rampage" untuk yang seterusnya,
    dan banyak variasi yang perlu aku pilih dan pelbagai corak mengaburi mataku,
    tapi aku suka kalau penuh dengan pilihan, dan aku pilih yang terbaik,
    aku rasa telinga aku seperti sayap, mungkin ia akan membesar nanti, dapatlah aku terbang,
    terlupa aku, aku lajukan tadi, biar yang dibelakang tak nampak sangat,
    kalau aku genggam jari aku, nampak kuat tak?
    bukan kuat, itu nama nya semangat,

    *aku duduk dan menikmati lagu yang sedang berkumandang*

    ada bunyi yang sepi, sudah,
    bukan, ada bunyi yang marah, sudah,
    bukan, ada bunyi yang gembira, mungkin
    aku belum stabil lagi,

    *aku pergi luar jenguk air*

    Mar 24, 2011

    O' Plasifikasifar

    updated

    O' plates,
    O' plates,
    Round like a ball,


    O' plates,
    I feel like in my own room,
    Drink, drink the bitter water,
    See, They were making connections that are not bound,
    I'm not a specimen for deception,
    Right, I want to love you,
    But we oh we we we,


    Ohhh I want to be you, not someone you knew
    I speak only once,
    I hope you can see,
    no need to quarrel,
    Until i know what's desire,
    I'll get there for no reason.

    Oh everything is so good if you understand, understand viscosity of soul .... 

    Kamu tahu apa itu mediocrity?


    Jika kamu suka saya, ini bukan apa yang aku ingin sampaikan,
    dan jika aku yang merasa masakan yang sedap sehingga terilusi keindahan masakan rumah,
    pasti kini aku tengah kusyuk, tak perlukan suara lain,
    dan aku tetap maju, dan maju lagi,

    cahaya juga menenggelamkan suasana sunyi sepi dalam diri,
    keindahannya seperti dekat dengan rumah tercinta terpancar,
    kadang-kadang aku memberi peluang kepada telinga aku untuk mendengar
    dan jika titisan hujan masih bermain di luar, aku pasang "earphone",
    kerana aku ingin fokus ...

    dan bila ada yang bercakap bermetafora seperti aku,
    menganalisis semua perkara seperti ada saja perkara yang ingin diketahui,
    cenderung katanya,
    dan bila saja tuah menyebelahi semua, semua mula lalai,
    dan banyak saja benda dihiasi untuk membawa kesan semula jadi ke atas diri,
    ini lah dia,
    kamu tahu apa itu mediocrity?
    aku tak pasti, tak pernah dengar, suara senyap berlayar

    "aku cuma ingin tunjukkan apa yang aku dapat buat, bukan benda yang sedang aku buat"

    Pertama dan terakhir


    Semua manusia memiliki expressi yang berbeza-beza,
    ada yang memerlukan kafein untuk berjaga sampai ke pagi, dan
    ada yang memerlukan seseorang untuk menemaninya sampai ke subuh,
    dan ada juga yang tidak dapat menyesuaikan diri, efek dari panas katanya,
    tapi ada satu persamaan manusia yang amat ketara iaitu manusia bermula dengan pertama sebelum sesuatu perkara itu menjadi besar,
    ada yang ingin menampilkan sifat semulajadinya,
    dan ada yang terus menerus teruja.
    mungkin juga ada yang terus memperbesarkan empayar mindanya,
    sesuai dengan amalan akal jawab nalurinya,

    dan tatkala aku mengetahui semua adalah bahaya semata-mata,
    aku terus mengejar sesuatu yang seperti memanggil aku,
    sepertinya aku khayal, habis badanku dicubit dan aku pasti ianya realiti,
    membuatkan aku tergamam dengan satu kenyataan,
    ingin tapi tak ingin, serasi bukan?
    bukan, bukan, mungkin seperti yang dikatakan oleh Brigitte Bardot "Everybody loves my baby, but my baby don't love nobody but me, nobody but me"
    irama jazz yang bermain diminda membawa arus lembut,
    dan ada saja yang terbuai dengan nadanya,
    Hello doktor ..... sesedap rasa mengikut perasa .....

    "bermula dan terus menerus, terasa gayat, pergi ke tempat yang rendah, biar ia serasi"

    Kehodohan membuat kita terus suka,

    Mungkin lukisan anda hodoh tidak secantik lukisan pelukis yang lama sudah terkenal,
    anda akan terus melukis sehingga anda rasa lukisan anda itu bermakna untuk anda, ia berpanjangan,

    Mungkin anda seorang yang suka berlagu, tapi pabila anda berlagu, bunyinya agak sumbang, mesti anda akan terus berlagu untuk diri sendiri kerana anda ingin puas, ia berpanjangan,

    dan bila anda menulis sesuatu seperti ini, ada kalanya anda rasa penulisan anda tidak dapat mengalahkan penulisan orang yang memang kreatif, tapi jangan lupa, ia mungkin hodoh, anda sudah mencuba, mungkin esok menyebelahi anda, dan mungkin tertulis sendiri semua idea di dalam akal anda, dan ia akan terus berpanjangan ...

    Keesokkan harinya pula, anda wajib untuk membentangkan sesuatu perkara di dalam "conference room" dan disebabkan anda terlewat bangun, segala solekan yang dapat membuat anda rasa yakin hilang, mungkin anda berfikiran anda kelihatan hodoh, bersabar, mungkin orang lain memandang anda dari segi yang lain, dan ia terus berpanjangan sehingga anda rasa anda sudah buang semua tabiat tak baik,

    Semua petikan di atas aku keluarkan dari ayat ini "Ugliness is in a way superior to beauty because it lasts." -Serge Gainsbourg


    dan mungkin anda juga ada konklusi yang tersendiri, simpanlah buat diri sendiri, dan keluarkannya bila ada insan lain yang memerlukannya.. :)

    *update "terus terang saya cakap disini, perkara yang dibuat secara berterusan mewujudkan kebarangkalian yang banyak, seperti yang aku sampaikan pada entry sebelum ini, biar ia berpanjangan, mungkin ada orang memerlukannya nanti, dan ia pasti membuat anda terharu"

    Malam ini seperti

    Sepertinya malam ini, suasana seperti biasa, angin sejuk malam masuk melalui tingkap membuatkan aku berasa sejuk, kadang-kadang aku kelu dibuatnya,
    matahari pula sudah jauh ke dunia sebelah membuatkan aku seperti ingin baring di atas katil ku untuk memulakan misi baru tak seperti mimpi semalam, 
    dan fikiran serius pagi kian menghilang, cuma ingin kedamaian yang tenang, 
    dan bila aku membaca buku dengan otak yang  sempurna, kelihatannya semua ingin masuk,
    "jangan masuk laju-laju" 
    Jiranku disebelah pula sibuk menyebut hujan kerana kesukarannya untuk tidur, 
    Jangan tersentak jiranku, aku cuma melintas fikiran engkau untuk seketika, damai sahaja .... 

    Kini "taste" aku terhadap perempuan jauh tersimpang dengan yang lalu, 
    sepertinya aku perlu pergi ke luar dunia dengan membawa tema "around the world to marry my girl"..
    Ini mungkin kerana aku ingin seorang yang berjiwa kosong seperti aku juga, 
    mungkin juga seorang yang benar-benar perlukan aku untuk menyiram bunga matahari yang menghiasi rumahku kelak,
    dan sepertinya aku juga perlukannya,
    yang ini aku simpan dulu, belum cukup duit untukku pergi mengembara seluruh dunia,
    mungkin hanya angan-angan kosong atau kenyataan pada satu masa kelak,
    "Mon nom est Inspirationalefeks" dalam bahasa french .... 

    "jika aku diberi peluang untuk memegang selamanya, aku akan gunakan semua anggota badanku untuk mengekalkannya, biar semua berpenat lelah, pasti ada yang memberi penawar"


    Mar 23, 2011

    Percikan bintang

    "Dikala malam,semua bergerak dengan pantas, jauh tertinggal bintang diatas"


    i. masing-masing
    sosial, perspektif dan kreatif membawa kita kepada kewujudan seni berterusan,
    Astronaut mengenalkan kita tentang bintang yang dijadikan hiasan, dan
    Sikap menjelaskan perasaan seseorang, dan bila
    Mereka tertangkap di dalam suapan, misteri, misteri, misteri, misteri .....

    ii. masa depan jelapang padi
    Memang pasti, engkau dapat melihat aku,
    tapi engkau tidak dapat menyentuh aku,
    tiada alasan yang bernas jika engkau terpaku,
    dan bila semuanya bukan lagi milik semua orang, sekelip mata hilang, tak terukir perasaan di luar,

    iii. i could be somebody else, but i wanted some shine,
    dan bila aku melihat menembusi mata engkau, aku terilham cara untuk melarikan diri,
    dan di sini juga aku pasti aku tidak diperlukan lagi tak seperti artifak lama yang digali kembali,
    mungkin engkau didukung oleh ramai orang, dan akal fikiran engkau sudah merasa penat sejak aku belum keluar lagi,

    iv. sebelum masa depan jelapang padi
    Memang pasti engkau dapat melihat aku, tapi itu bukan aku yang sebenarnya,
    engkau tak kan dapat melihat aku jatuh lagi,
    perbetulkan minda engkau, jangan sampai ada yang perasan

    "berteriak, i don't wanna call you sunshine,maybe i should call my golden gaze"

    Biarkan saja

    "Tuan, boleh aku ikut engkau? aku cuma ingin mengisi jawapan persoalan-persoalanku sendiri"


    Mungkin aku tiada bukti untuk ditunjukkan seperti lukisan yang rumit, tapi
    Aku cuma ada satu akal yang memandu kehidupan aku yang buat aku tak duduk diam,
    Mungkin aku juga boleh diibaratkan dengan pejalan kaki yang berjalan tanpa destinasi yang pasti,
    dan bila sesuatu datang menghampiriku, kadang-kadang aku terpegun,
    Mungkin juga aku punya sifat intelektual yang tinggi,
    Ada nya kerja, aku akan kerjakan untuk belajar
    Ada nya cita-cita, aku akan bayangkan,
    Ada nya sesuatu, aku mungkin mengagak,
    mungkin anggapan aku tidak betul tapi aku pasti terus mengagak,
    dan bila ada orang menyoal, aku akan menjawab dengan perasaan ingin tahu,
    Cuma aku belum dapat mengagak idea yang akan datang, mungkin sebab itulah aku perlu disoal dan menjawab,
    Mungkin peluang yang aku perlukan sekarang,
    dan sungguh payah aku hendak memilih,

    *picisan karya lirik seangkatan dengan "baca satu satu", cara menyanyi seperti membaca tapi dengan intonasi yang lahir dari perasaan dan penggunaan pernafasan..


    dulu ketika aku darjah satu, aku suka bila cikgu ajar aku mengeja contoh, b u bu, k u ku, buku .... 
    sama seperti apa yang aku katakan diatas, mungkin ia lebih seronok jika kita tak perlu mengejar, bak kata pepatah "biar lambat, asalkan selamat"... dan aku nak buat pepatah juga "baca pelan-pelan, jangan sampai tertinggal maksudnya"


    aku pelik kenapa orang gelar Serge Gainsbourg sebagai Heavy Breathing, aku juga sudah dapat mengungkap disebalik kata-kata Serge Gainsbourg tentang Ugliness, mungkin disebabkan gelaran ini 

    Kenapa mereka menari

    "sini kamu, kenapa tidak mendengar cerita"


    Bila saja aku berdiam, pasti ada saja suara memanggil aku,
    Bukan aku tak suka, aku pernah cakap yang aku cuma perlukan suasana,
    dan bila saja aku berteriak melawan konflik, ada juga yang terpercik terjun ke sungai, tempias baju basah
    Ohh, memang seperti itukah riak muka mu mengelakkan aku, lari lintang pukang membawa bakul berisi surat,
    jangan tulis nama aku dalam surat, aku tak suka dikabarkan ke tempat yang aku tak kenal lagi,
    biar saja kakiku yang sampai disana sebelum helaian kertas yang tak kenal siapa penulisnya..

    "Dan ketika kamu sudah mendengarnya, kabarkan kepada mereka"


    Dulu aku budak, sekarang aku badak sumbu yang dahagakan tandukan maut,
    Aku pernah ditanya tentang perbandingan dua nilai mengenai ilmu,
    Aku jawab dengan nada yang perlahan dan berintonasikan nada yakin,
    Inilah kata-kata aku "Kenapa aku perlu jawab?, bukankah aku diajar cuma untuk lulus?"


    "Dan selepas menghadam makanan dengan penuh selera, pasti ada air di meja, sepertinya sudah tersusun semua perkara harianmu"


    Kini aku baru lepas bangun dari tidur, mimpiku lari entah kemana,
    Mungkin ingatan aku masih tumpul,
    Kini aku juga sedar, aku seharusnya menoleh kebelakang untuk seminit duaminit empatminit lamanya,
    seperti menunggu ikan mematuk umpan olok-olokku,
    dalam diam puas juga rasanya,

    "Aku ada dua, tapi aku perlu pilih satu, kedua-dua belum pasti jawapannya, mungkin aku perlukan tiga"

    *ini bukan asmara

    Mar 22, 2011

    Sejak hari itu


    Aku suka jika orang mengambil tahu tentang aku dan bergembira dengan aku,
    Kau tahu, aku masih tetap seperti dulu, itulah ironinya ..
    Aku juga masih seperti dulu seperti seni mendefinisikan kehidupan
    Tapi aku masih teragak-agak jika ingin menerima sesuatu yang baru,
    Ada masanya mengelamun terkenang sikap yang terburu-buru,
    Semuanya aku alami dan ada juga perkara yang aku ingin lupakan saja,
    seperti mengandaikan diri boleh memulakan hidup baru ..
    Ketika ada orang yang mengajakku berbual-bual tentang keraguanku,
    Ada sahaja perkara baru yang merasuki jiwa,
    Mungkin sesetengah dari jawapannya aku terima untuk seketika, dan
    yang lainnya aku lupa,
    Di kala aku gigih mengembangkan hubungan dengan orang, aku lupa tentang definisi komitmen,
    Cukup untuk itu,
    Ada saja tahap yang dianggap penting menembusi jiwa masing-masing,
    dan bila saja aku sudah tidur menenangkan diri, semuanya hilang ..
    Ganjil aku dibuatnya, sepertinya
    ingin melarikan diri, lebih baik katanya
    tapi aku tahu bila musim panas berakhir ....

    dia masih seorang tapi aku tetap seorang, aku melihat dan
    bila aku jatuh nanti, kabarkan kepada dia,
    aku tidak bermaksud membuat dia bersedih,
    aku cuma ingin melihat dia dengan mataku,
    permandangan yang indah disisinya ...
    Aku punya kesukaan dan ingin aku tunjuk kepada dia, tetapi
    Keresahan meresapi tubuhku dan badanku mula sejuk,
    dan bila kau merinduiku, aku tidak tahu
    tak tercapai sinaran yang engkau pancarkan,

    "setiap tingkahlaku yang aku tunjukkan membuatkan aku berhenti sejenak, dan bila orang tahu, aku cuma mampu diam seketika"

    Ada apa di depan

    Kelihatan samar-samar keindahan yang belum dilihat,
    membuatkan jiwa keliru dengan asal usul keindahan yang belum pasti dapat dirasa,
    Akan tetapi, jika semangat sudah luntur di belakang,
    sudah semestinya usaha menjadi khayalan semata-mata,
    Hanya dapat dibayangkan, disentuh terus pecah seperti kaca,
    dan yang terbaik hanyalah penenang hari yang bosan untuk semalam, dan bila matahari mula terbit pada keesokan harinya, kabus mula mene bali keindahan semalam, perlu diingat,
    bahawa hilangkannya supaya permandangan kian luas, baru puas engkau menyedut semua ..
    jelas
    jelas
    jelas

    "khayalan itu hanyalah mimpi sedar jika ia diinginkan sebegitu" 


    p.s bila ianya menjadi banyak, kebarangkalian pun pasti akan bertambah, barangkali aku perlukan

    Bila orang memanggil

    Setelah sekian,

    Baru semalam aku singgah sebentar, banyak yang dilihat dan
    Baru semalam juga aku mendengar banyak cerita yang sedih,
    Lama sudah aku tidak memberi masa kepada perasaan aku yang kian dikosongkan, Setelah
    Lama aku meneliti kehidupan orang sebelum aku, semestinya
    Ada yang tersimpan dan ada juga yang diceritakan, pengalaman
    Lama banyak mengajar aku satu persatu tentang perkara yang perlu aku tahu,
    Dan bila semuanya sudah ku kabarkan kepada orang,
    Baru aku rasa aku puas, tidak elok disimpan seperti kata-kata orang, dan
    ramai juga yang perasan dan ramai juga yang melihat,
    aku ingin ke sana, mungkin

    "Aku harap ada yang ingin memberi kegembiraan, supaya ku dapat kenang"

    Mar 21, 2011

    Kisah sedih

    Suatu kesedihan yang lama dikenang semula, bermula nya kehidupan seorang yang bernama Nick. Nick berjiwa seni musik dan inginkan sesuatu yang luar biasa. Nick tinggal di tempat lahirnya, satu kota yang agak jauh dari kampung halaman ayahnya. Setelah lama meningalkan kampung halaman, pada satu hari, keluarganya berhasrat untuk balik ke kampung halaman ayahnya. 

    Usia meningkat dewasa, pelajarannya kian meningkat seperti remaja yang lain tetapi dijiwanya wujud satu ilusi yang ingin menguasai Nick, ilusi yang selalu memberi inspirasi kepada Nick untuk terus mengejar impiannya. Nick juga sanggup meninggalkan pelajarannya semata-mata untuk memenuhi hasrat sendiri.

    Kehidupan sebagai penjiwa seni musik sungguh sukar ketika itu tapi Nick dengan tabahnya meneruskan semuanya kerana minat yang berkobar-kobar. 

    Kehidupan berterusan sehingga Nick mengalami satu masalah murung yang agak serius dimana Nick terpaksa mengambil ubat penenang. Walaupun bertahun Nick telah mengatasi masalah kemurungannya, Nick masih tetap ingin kembali ke dunia musik nya dan berhasratkan ubat penenang dapat mengatasi segalanya. Tetapi semuanya berakhir dengan tragis .. Kematiannya mula dikenang tahun demi tahun, seorang demi seorang mengingatinya dalam pelbagai cara dan sehingga sekarang Nick masih dikenang... 


    "Esok memberitahuku"

    Mar 20, 2011

    Belle and Sebastian


    Belle and Sebastian
    saya harap semua pembaca dalam keadaan yang baik seperti yang diinginkan.

    Kumpulan Belle and Sebastian yang ditubuhkan di Glasgow pada tahun 1996. Kumpulan ini membawa musik Indie Pop, Tweep Pop, Indie Rock, Folk rock, dan Baroque pop. Musik mereka lebih kepada elemen musik klasik dalam menghasilkan musik rock 'n' roll. Dikatakan musik seperti ini wujud sejak tahun 1960 dan sekitar tahun 2000 musik seperti ini jarang dibawa oleh anak muda. Sepertinya, remaja kita sekarang lebih suka membawa musik yang lebih komersial sekadar untuk memenuhkan permintaan peminat. Adapun mungkin segelintir yang "die hard" rock 'n' roll ataupun lebih dikenali pembawa musik campuran yang lebih baik. 

    Musik yang diketengahkan Kumpulan Belle and Sebastian mungkin juga boleh dikaitkan dengan musik yang dibawa band seperti The Smiths dan Boby Dylan kerana alunan musik akustik dan dicampurkan dengan suara lagu lama. Lagu-lagu mereka sesuai untuk semua golongan masyarakat kerana lagu yang disampaikan lembut dan lebih kepada bunyi akustik.


    Selamat mendengar :)

    Here comes the glory day

    I've become tired of living,
    Not as tired of you always explain,
    As seen in the mid-day sun, or in the early morning,
    The same thing I do like the lead,
    I want to live a different way,
    I diversified knowledge for the future,
    Awaited new things that penetrate the soul, but that should not happen, it is just the impact,
    It is not right up to the capital city of NeuroloK,
    I also had to check a dictionary based on the direction of the compass which I do own,
    All preparations were not exclusively,
    Such ideals are not necessarily that we can accomplish using both our minds,
    All things missing will be replaced with new objects,
    Similarly, the monotony of whom we have to fill with new things,
    The rain did not hit our heads right if we undo our soul often in a corner, the others do not see,
    Look at what is destroyed, Look what happens if you do not like the person I mean,
    Look at the clock, the clock will be kept dying, so are we ....

    Not all things as we want to be something we are proud of, but make it as something that made you think that means  ....

    Science of genius environment

    Moody, Quiet,
    cling a bullet in the empty tree,
    Fill lined living branches that fell into the well,
    Neatly arranged like a raft,
    In making such a beautiful hill
    Beautiful beautiful souls,
    When stationary, all to hear, no filler radio quiet
    The world continues with determination, thorny ravine "crunch" sound,
    one by one out looking for the magical,
    Want to bring back service,
    That's a tough story to educate them,
    Educates people in a smart,

    "Do not neglect the beauty of school, do not be insulted in an old school because the only purpose of its establishment is to guide you"

    The Strokes New Album

    The Strokes - Angles
    The strokes dengan berbesar hati telah "live" kan album Angles yang terbaru di laman web The Strokes secara percuma. Ianya bukan "trailer" tapi "full". 
    Aku telah mendengar seberapa banyak kali, pada setakat ini aku suka 4 lagu daripada album tersebut  iaitu Under Cover of Darkness, Two Kinds Of Happiness, Taken For a Foll dan Life is simple in the moonlight tapi aku suka lagu Gratisfaction juga dimana bunyi dan caranya berlagu menarik minat aku. Ada 10 lagi kesemuanya, mungkin aku akan lain aku akan review sedikit demi sedikit untuk menghayati apa yang disampaikan.

    Tapi overall, album terbaru ada style terbaru dan yang paling penting ada tema ..

    Thanks you google! Aku akan master kau google ....

    lupa nak bagi link kat mane nak dengar http://new.thestrokes.com/ 

    Jika kita terbang

    "Dalam pencarian satu erti kata, ada banyak cara yang sekata, tapi ingat ada dua tamatnya"


    Ada yang lurus seperti bunga yang tumbuh di taman,
    Ada pula yang bengkok seperti mengatakan tidak kepadanya,
    Ada yang berbentuk segitiga naik ke atas, yang ini pasti rasanya seperti mengidam air sebotol nak lagi, tak cukup katanya,
    Mungkin yang disebalik semuanya, dinding ditembusi dengan pantas, ianya pasti cepat tumbuh .
    Ini tidak sama maksud dengan berjalan di atas angin yang perlukan kegigihan yang pasti buat orang putus asa jika ingin menguasainya,
    Ilusi satu keperluan yang dipelbagaikan faedahnya,

    Adanya seorang bertanya kepada si perantau :
    Seorang : Kenapa kamu membawa beg yang berat?
    Si Perantau : Jika ia berat, kenapa ? mungkin engkau lihat aku seperti letih, tapi aku perlukannya ..
    Seorang : Tidak faham ..
    Si Perantau : Biarkan sahaja, aku yang ingin merasa ... 
    Sepertinya ada yang ingin terbang terus tapi yang pasti ada juga yang bimbang, kalau sampai nanti kabarkan aku dengan orang di sana, kerana aku masih lagi mencari dan seperti aku ini berpindah randah.

    "Sampainya, Ini potrait potrait kau ? sungguh indah, pasti engkau letih melakarnya"

    Mar 19, 2011

    Jengkala Jengking Merak

    Seronok dengan kehidupan harian yang mengembirakan setiap minit, setiap jam dan boleh juga diklasikkan dengan perkataan lama seperti main guli di tanah kuning sebab senang buat lubang, kini kita tidak bermain seperti dulu, seperti itu juga  kehidupan kita sekarang, akan ada penamatnya suatu hari kelak.

    Aku ingin berbahasa europe tapi aku pasti ianya kurang jelas tapi aku ingin berbahasa tanah airku juga...

    Keluasan padang pasir yang begitu luas, adanya kala jengking yang buas baru melihat orang. Sepertinya sekelilingmu sunyi sepi pilu resah binggung dan adanya ayat ini "pasti akan sampai", tapi tidak tersabar kaki terus berjalan. Air yang keruh pun engkau minum sampai jatuh tersungkur ke tanah, kenapa tidak pegang saja airku, tak ada yang ingin ?.. tipu .. 
    Terusan seuz bengkok engkau redah, batu segiempat engkau cakap pelik tapi aku manusia adakah aku baik? sinonim dengan jiwa langit sungguh perasaan biasan kamu, yang dikata seperti meyimpang ke lubung sempit, ingin menyumpit? ..Jadi, apa yang ada dengan kelajuanmu bertutur bahasa semalam, bertukar kata membelitkan cerita seperti ular menari dengan temannya, merosakkan seni lama, bias dijawabnya.
    "Biarlah, habiskan airmu dulu, menjadi air sirap pasti tak sama rasanya ..."

    "Cuma ada satu, jika ada yang lain, itu cuma palsu, bertahan sampai berpadu"

    Mencarut orang dengan nada yang baik

    "Sprutk strakk pruk truj kirr banggg"


    "betul kata-kata lu itu tapi dragonball ada tujuh biji sebenarnya" <--- nak betulkan kesalahan orang


    "Ka trak sepringtong purrrsir dlak krak krak patah"


    "am bai hi nn loi"


    Cukup 4 sahaja nanti tambah dosa aku ... 

    Minat yang unik

    Mungkin minat dipengaruhi oleh faktor fizikal, mental dan inspirasi dari orang yang sebelumnya. Keupayaan untuk menghayati suatu minat yang mendalam sehingga memberikan kepuasan dalam hidup aku klasifikasikan sebagai minat yang unik. Dimana ianya mungkin minat yang orang lain rasanya ialah "useless" tapi kebolehan seseorang tak sama.

    Contohnya seperti dalam filem "Pelican Blood", minat seorang remaja yang suka melihat burung dan dicatatkan segala nama burung di dalam buku notanya, Ia mungkin "lazy stuff" bagi orang lain tapi ianya kepuasan. Mungkin dia ingin lain dari yang lain. Pada zaman ini pula, minat menjadi trend dan trend menjadi minat, dijadikan trend seperti ia minat, tapi sebenarnya ia suatu yang akan lenyap. Kepuasan yang hanya seketika. Samada matlamat tercapai atau tidak jawapannya. 

    Anda ingin tahu minat sebenar aku? Aku meminati artifak purba kala, dulu terfikir untuk menjadi arkeologist, geologist dan semestinya jurnalist kerana ia semua bersangkut paut. 
    Bagaimana pula dengan anda ? 
     
    "Aku suka kalau orang senang untuk mencari aku, kerana itulah aku ada satu destinasi"

    Aku takut

    "Sapa tak takut ?"

    Mar 18, 2011

    Ugliness

    "Siapa-siapa saja boleh memberi dan menerima kerana adanya wujud pelbagai perasaan"


    Mari kita hayati kata-kata Serge Gainsbourg "Ugliness is in a way superior to beauty because it lasts". Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan Serge Gainsbourg, lama juga aku mencari sumber inspirasi ilusi Serge Gainsbourg semata-mata ingin memahami kata-katanya tapi aku masih belum tahu lagi :( . 

    Jika dilihat dari sudut fikiran sihat, mungkin Gainsbourg ingin menyatakan sesuatu yang boleh memberi semangat kepada yang perlu ..

    Minat yang mendalam ..... 

    Apakah yang anda faham pula ? :)

    Aku ingin menjawab entry It's Just A Misunderstanding. tetapi tak terdaya. Aku cuma ingin katakan

     "It is one of man's curious idiosyncrasies to create difficulties for the pleasure of resolving them." Joseph Marie de Maistre 'said

    Berkejang Otot

    "Minum air sejuk, letak ais makin sejuk, sakit rasa taknak pergi"


    Mendayung, berkejar tertinggal letih terus balik .

    Gainsbourg (2010)

    Melodi sedih, suara nanggis 
    Buat anda pasti nak lihat dan buat aku tengok banyak kali
    Filem ini menceritakan kembali kehidupan seorang genius ilusi dalam apa jua bidang yang diminatinya termasuk lukisan, musik dan penulisan yang penuh dengan ilusi sejak kecil lagi. Berasal dari France, dan cerita ini dalam bahasa perancis. Menangis(tak kuar air mata) dan terharu dengan cerita ini.

    Namanya Serge Gainsbourg ...
    aku layan lagu-lagu Serge Gainsbourg walaupun dalam bahasa perancis, aku guna google translate untuk memahami satu persatu ..

    Apa yang aku ingin katakan di sini Serge Gainsbourg sungguh pandai bermadah-madah dan kata-kata nya sungguh mengasyikkan dengan kata lain indah ..

    Serge Gainsbourg telah meninggalkan dunia ini pada tahun 1991 ...

    Aku suka lagu "Je t'aime... moi non plus" lagu ni ada unsur sexual ... lagu duet Serge dengan cintahatinya, Jane Birkin, lagu yang penuh dengan ilusinya ...

    "Je t'aime... moi non plus" bermaksud "aku cinta kamu ... aku tidak"

    Kesinambungan 1 dalam 100000


    "lama sudah aku tidak bermain dengan nombor, dulu kala aku terbalikkan nombor untuk mendapatkan cara yang dipinta"

    Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk berbunyi seperti "1 dalam 100000".
    Sebenarnya ia ada maksud tersirat yang disiratkan oleh pensiltekan ku, yang lainnya juga aku dengar .

    1 bermaksud seorang yang kian maju, 00000 bermaksud pengikut yang ingin seperti 1, mungkin juga 00000 boleh disifatkan sebagai seorang yang ingin tahu .

    Boleh dikaitkan dengan satu kisah "Kisah seorang pengkaji mesin yang berjaya, pasti ada orang yang ingin menjadi sepertinya bukan, terwujudlah banyak versi yang kian mesra"

    "Satu memberi lima warna, bukan lima tapi seribu banyak kisah" bermaksud kejayaan 1 tersebar dengan meninggalkan jejak yang pasti menjadi kisah di sebalik suatu perkara .

    Perkataan pahlawan bermaksudkan orang yang membuat senjata ....

    "Semua tak sama, yang terbaik lawannya yang paling menakutkan" ada kaitan dengan perkataan Pahlawan yang bermaksud senjata yang paling agung pasti hebat, tapi ia sungguh menakutkan. mungkin ada kaitan dengan "keindahan dunia sekarang" .


    "Gerun? takut ? Dulu seronok bermain muka dengan pahlawan rajin yang lain, sekarang tunduk melihat langgit, berfikir memejam mata, langgit jadi gelap, lena seketika inginkan ketenangan, bangun dari kelenaan melihat tiada di sekeliling, tak sama apa yang di rasa, yang tersentuh bukan hanya satu, tapi 100000."
    Quotation di atas pula bermaksud, kegembiraan bertukar menjadi takut, sedangkan dulu gembira pabila wujudnya senjata tapi kini tunduk, pejam mata, berfikir panjang ..

    yang tersentuh bukan hanya satu, tapi 100000" bermaksud bukan seorang sahaja yang merasai luka, tetapi tempias nya banyak seperti "00000 yang bermaksud pengikut" malahan orang yang baik juga terkena.

    "Cuma ingin meluahkan, tidak ada yang hendak disampaikan" bermaksud aku ingin orang buat tak tahu apa yang sedang aku sampaikan, kerana ia nya "common sense"

    Complicated bukan ? hahahaha ... Memang misteri ..

    Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa aku buat begini.. Aku jelaskan dalam bentuk perbualan ..

    Mak: Ali, boleh tolong beli sabun kat kedai tak ?
    Ali: taknak lah, tengah sibuk men game ni ....
    Mak: Nanti mak upah 20posen
    Ali: *berfikir dapat beli ice cream lalu pergi membeli sabun seperti yang disuruh ibunya

    Tak terfikir ? ok, aku bagi yang ini pula

    Pelajar: Sir, soalan yang macam mana masuk dalam exam nanti?
    Pensyarah: Ada dalam slide di dalam kelas, dan sedikit dari penerangan bertulis di papan hitam
    Pelajar: Eh, oooo *terfikir bahawa mesti pergi kelas ....

    "lama sudah aku tidak bermain dengan nombor, dulu kala aku terbalikkan nombor untuk mendapatkan cara yang dipinta" pula bermaksud aku kiaskan sahaja bukumu, biar jadi ringkas, tidak aku bazir muka surat bukumu jadi tersimpan banyak..

    Tersentak dengan bunyi

    "Tatkala mendiamkan diri, wujud keinginan suasana yang mendatar, lari dari bunyian yang tak terkawal"


    Sampaikan salam ku kepadanya, biar dia tahu aku ingat semua yang lalu .. 


    Terdiam seketika seperti terdiam pabila tali gitar putus, menunggu kedatangan pesanan baru dari akal kiri ..
    Kekerasan hati seperti batu, amat sukar degilnya seperti mengarah benda yang pasti akan kalah

    Sepi malam ini bukan ?
    Sepi lagi hari esok kalau asyik diam saja
    Sampai penghujung hari, hari itu masih berdiri sepohon pokok yang agak tua

    *tiada juga yang dapat menukar rumah

    Serangan balas*

    Mar 17, 2011

    City Of God (2002)

    City Of God
    Aku ingin kongsi sedikit pengalaman menonton filem "City Of God".
    Filem ini berkisarkan tentang 2 orang budak kampung di Rio de Jenerio. Kedua-dua memilih jalan yang berbeza dimana seorang menjadi photographer dan seorang lagi menjadi pengedar dadah. Filem ini berdasarkan kisah sebenar pada tahun 1960-1980 dimana keganasan yang melampau terjadi hanya untuk menjadi ketua pengedar dadah di sesebuah kawasan. Salah seorang diantara 2 orang budak kampung tersebut menjadi liar dan pengedar dadah yang berbekalkan pistol. Dari awal hingga akhir, filem ini banyak aksi yang tidak membosankan.

    "Things are out of control between the last two remaining gangs...will it ever end? Welcome to the City of God."

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita ini boleh diteruskan dengan tontonan anda sendiri. 

    IMDB Rating : 8.8 

    Ada 1 dalam 100000

    lukisan yang pasti diubah oleh satu pada satu masa kelak
    "Seperti ada rasa pahit di keronkong, tersembur semua baru aman"


    Satu memberi lima warna, bukan lima warna tapi seribu banyak kisah, dinamakan semua satu dan dikenali satu persatu memberi ilham kepada 2 pahlawan rajin, bukan 2 pahlawan rajin tapi banyak pahlawan yang ingin turut serta bergabung mewujudkan satu segala pameran. Pernah juga dibacakan semua tentang kisah dibelakang satu, cuma satu tidak terdedah dengan pelbagai satu yang lain. Jika diikutkan, dirujuk semua perkara itu memang ada tercatat dalam satu buku, 100000 darab dengan satu dan dibelakangnya ada banyak satu, kesemuanya adalah pemilik buku itu.


    "Semua tak sama, yang terbaik lawannya yang paling menakutkan"


    Gerun? takut ? Dulu seronok bermain muka dengan pahlawan rajin yang lain, sekarang tunduk melihat langgit, berfikir memejam mata, langgit jadi gelap, lena seketika inginkan ketenangan, bangun dari kelenaan melihat tiada di sekeliling, tak sama apa yang di rasa, yang tersentuh bukan hanya satu, tapi 100000.

    "Cuma ingin meluahkan, tidak ada yang hendak disampaikan"

    Penenang semula jadi

    "Barangkali mereka ingat sama kamu tapi aku ingin macam dulu, tengok kiri nampak saudara, tengok kanan nampak saudara juga, tengok sebelah nampak pencuci mata" 


    "Pasrah dua tambah kosong tambah satu tambah satu sama dengan aku akur"


    Keinginan lama terpadam seketika, membuat aku terus berfikir,
    Fikiran ku melayang ke arah kenapa?
    Adakah ia nya suatu pemberian yang lebih mahal dari seketul emas ?
    Aku akur, sebelum menjelajahi ke satu pengalaman yang baru, terjadinya api yang menghilangkan papan yang tersusun,
    Begitu juga dengan terurai ikatan yang aku sungguh kagumi, bukan senang tapi ia indah bagiku, bukan cinta dua insan tapi cinta antara jiwa-jiwa yang sudah lama terikat.
    Aku mulai sedih, aku seperti ingin menitiskan air mata yang memberi seribu tak terkira makna,
    Aku tetap akur, aku cuma dapat mendengar khabar dari bisikan orang tuaku bermediumkan ilusi getaran

    Dan di sini juga, aku mendengar sekali lagi, aku cuma dapat akur juga dengan kehilangan satu aliran darah aku, aku pasti semuanya masih lebih mahal dari seketul emas ..

    Kadangkala aku bersemangat, kadangkala aku akur, cuma aku perlukan muka ..

    "Mungkin aku kuat, tapi kekuatan penenang semula jadi lebih indah"

    Mar 16, 2011

    Terlepas Senyuman

    "I got no vision, but i had illusion"


    Turun ke bawah


    Termenung aku melihat lukisan engkau, ilusi apakah ini ?
    Engkau ingin tahu ? Aku sendiri masih belum mengungkap segala jiwa di dalam,
    Rasa meminta tolong, diturunkan ilusi memberi kepada pelbagai jiwa, jiwa berkerja dan terkejar-kejar,
    Luahan maaf dari langgit yang membiru awan memberi seni,
    Er, jika aku seperti bunyi yang sering terhasil didengari orang, mungkin aku terjatuh
    Politik aku, politik engkau, aku hanya sifatkan politik itu ialah helah aku
    Anyamannya tidak seperti yang engkau fikirkan, kerana
    Saya pernah meneliti lukisan orang, orang menjawab "Aku tidak tahu, lihatlah"
    Senyuman berkata-kata seperti itu seperti mengangguk mengerti apa yang dipaksa,
    Elok elok simpan, nanti hilang,
    Nasi untuk kehidupanku, tapi mereka menuding ke situ *berfikir
    Ya, pembaca seperti ingin berfikir seperti aku,
    Ungkapan yang belum terungkap,
    Membawa ikhlas yang dikhabarkan oleh angin yang dihembus keluar...

    "aku membawa dua rasa di sini, memberi 14 pengertian yang diturunkan kebawah hingga terlihatlah suatu yang ingin disampaikan" 

    Dikala Engkau Enggan Pulang

    Tompok berlainan"
    "Kamu tidak tahu aku tidak menjalani kehidupan aku dengan baik - Tuhan tahu"


    Dikala suatu petang yang dingin, seperti suara sedang ingin berkomunikasi denganku, aku enggan,
    Terasa angin panas sedang bergembira, mereka kata mereka sejuk, dan
    Aku seperti tidak mengenali deruan itu kerana aku ingin tetap lari,
    telah dikeluarkan perkataan yang memberitahu semua, tiada yang mendengar, aku rasa
    seperti aku suka di sini, hidupan di sini menyayangi aku, ia baru, ia masih segar, sebelum ia menjadi tulang,

    "Aku sudah diberitahu untuk kali kedua bukan sekali - Mereka tahu"


    Pokok kelapa yang melambai-lambai dibisik angin buat aku berlari dan terus seronok,
    Gelap menjadi terang, panas menjadi sejuk, aku punya hidup bebas sekarang, aku kosong tapi aku ada masa,
    Hari kian indah, semakin indah, aku mulai lupa situasi semalam,
    Semalam seperti ikan yang berenang ke lubuk yang dalam, tidak pasti, aku masih kosong,
    batu tidak bergerak ...
    Mungkin malam yang dulu tidak seperti malam sini,


    "Aku dipanggil bukan sekali, tapi berkali-kali, aku tahu"


    Deep thinking"  i dont wanna lose again