May 31, 2011

Sesuap Nasi


Scien LOVE Klor.

Aku cenderung ingin melihat perubahan yang dramatik dalam diri aku sendiri. Perubahan yang dipenuhi dengan dialog drama yang punya banyak fakta menarik. Inilah aku, aku cuma berkongsi dengan apa yang aku telah lalui kerana aku merasakan masa bagi setiap orang adalah berharga. Pepatah "masa itu emas" sesuai digunakan jika seseorang itu mengisi masanya dengan suapan sendiri. Suapan yang berbentuk sarapan pagi yang sudah pasti akan masuk ke dalam minda. Jangan dibaca jika tidak faham.

Aku juga sama seperti anda semua, ada masa aku binggung, ada masa aku pasrah, dan ada masa juga aku bersemangat. Kenapa situasi sebegini wujud? Ia wujud disebabkan gagal menguasai diri apabila kalah dalam menguasai sesuatu. Jangan dibaca jika tidak dipupuk perlahan-perlahan.

Aku punya satu minat yang sangat mendalam. Minat yang aku pupuk dari dulu lagi, kalau dikira masanya mungkin hampir 9 tahun aku mengikutinya.

Aku ingin berkongsi sedikit tentang 123Klan. 

123Klan ini berasal dari France dan ditubuhkan oleh Scien & Klor, suami isteri yang minat pada graffiti. Mereka menyifatkan karya graffiti mereka dengan "when street knowledge meets technology and graffiti melds with graphic design". Agak kompleks juga. 

Disebabkan minat yang mendalam, aku terikut-ikut dengan graffiti tapi bukan di dinding sana. Aku cuma lukis di kertas sejak dulu lagi. Aku sudah hadam semua "skill" & "style" 123klan untuk kegunaan sendiri dan untuk kepuasan sendiri tapi tidak sempurna seperti mereka yang pintar sana. Cuma satu yang menyedihkan aku, aku belum menguasai sesuatu yang aku minat. Aku pun menjadi binggung dan pasrah. Kepasrahan yang membuatkan mindaku berkata "Just go with it, and give up". 

Ini bukan pertunjukkan cirkus, ini bukan juga cerita seseorang, ini cuma sesuap nasi.

Lari dari Kontrol Verse 1

Kontroversi hidup, kontroversi dalaman, kontroversi teknik mengelirukan pihak lawan, dan pelbagai lagi kontroversi yang sering kali memanipulasi minda yang terbaca tentang salah satu daripada kontroversi atau kesemuanya. Dari dulu hingga sekarang pelbagai Propaganda sama ada dalam bentuk kertas putih atau pembesar suara digunakan untuk menyebarkan pelbagai kontroversi yang indah luarannya. Keindahan yang memukau seseorang untuk bermain-main di dalam tamannya. Apa yang dimisterikan di dalam taman kontroversi amatlah sukar untuk di agak, sukar untuk ditafsir dan kadang kala membuatkan seseorang itu terlalu obses. Perasaan obses yang menyebabkan dia terjerumus dengan aktiviti baik hati seperti yang selalu dilakukakan oleh golongan pintar dalam memajukan diri dalam golongan orang yang terbaik.

Dalam kehidupan yang penuh dengan kontroversi, kita patut tahu mengkontroversikan sesuatu yang biasa menjadi sesuatu yang rumit seumpama berlari-lari di atas lautan yang luas. Ini adalah perkara paling sukar dan kontroversi di dalamnya adalah propaganda memenangkan seseorang itu untuk melahirkan satu autograph yang paling mahal untuk sementara waktu; kerana ia akan bersilih ganti seperti musim-musim yang datang dan pergi mengikut masa yang telah ditetapkan oleh protokol alam semula jadi. 

Apa yang aku ingin ceritakan di sini sebenarnya tentang kontroversi diri dalam memangkin diri untuk menjadi seseorang yang yakin dengan segala tindakan yang dibuat. Tindakan yang persis, persis dengan keputusan sendiri untuk mencapai matlamat dengan sukses. Apa itu sukses? sukses adalah rangkaian propaganda yang dapat membuat anda berkhayal dengan pukauan mesra alam.

Yang sebenarnya kontroversilah yang menyebabkan semua bertelingkah dengan senyap. Pertelingkah di antara agen-agen rahsia yang amat sulit.

Aku cuma ingin menyelesaikan kesulitan hidupku yang penuh dengan kontroversi jiwa yang klasik.

Autograph

Mana aku jumpa ?
Autograph ini adalah satu fenomena pada zaman kini, fenomena yang memangkin penduduk dunia sanggup berkejar masa semata-mata autograph yang paling hebat. Autograph no 1.

Pada zaman aku dulu, zaman dinosour, zaman di mana dinosour berlawan. Yang menang tak pandai menulis, pelik aku, mungkin disebabkan itulah autograph baru wujud sekarang. Mati akal kalau aku baca balik apa aku tulis ni.

Player of The Week 2011

Liam Gallaghar
Tepuk tangan tanda gembira, mulut ternganga berteriak sendirian. Penyokong Manchester City, Liam Gallagher. Kita tepuk ramai-ramai tanda berminat, tepuk selalunya menandakan kita suka, bila kita duka pun kita akan tepuk tangan untuk mengelirukan pihak lawan. Ada udang di sebalik batu sebenarnya, merasuah makhluk lain dengan senyuman seperti memberi gula-gula kepada budak kecil. 

Aku sebenarnya ingin menjadi "Player of The Week 2011" tapi aku banyak sangat bercakap, adakah  aku menunggu hari senja baru aku diam, ketika semua orang pergi membersihkan diri, aku diam ? 

Lebih baik aku menunjukkan sesuatu daripada aku bercakap di sini.

Dota Tournament 2011

Pada tahun ni  SMM Grand National DotA Tournament 2011: Grand Finals akan diadakan pada 2,3 dan 4 Disember. Gelisahlah aku,kalau aku dapat masuk peringkat State Qualifier pun jadi. State Qualifier ini adalah tiket untuk masuk ke Grand Finals. Kalau masuk Grand Finals pun jadi.

Antara hadiah yang boleh dimenangi :

Champion : RM55000, Tropi dan produk yang disponsor 

Hadiah yang sekian-sekian tak payah tahu.

Aku rasa aku ingin masuk tapi self-esteem rendah sangat dan game Dota ni game yang memerlukan psikologi yang tinggi seperti "jangan lansi dulu lor". Perkatan itu memang selalu diperkatakan dalam chat room dota. Huahuahua ... 

Esok nak mimpi lagi la

Ocean Dream by Selena Rayne
Mimpi punya definisinya yang tersendiri dan misteri disebaliknya memang mengeligakan jiwa setiap insan. Mimpi bermaksud pengalaman di bawah sedar yang melibatkan anggota badan termasuk pendengaran, perasaan, pemikiran, dan penglihatan dalam alam tidur yang sunyi beserta dengan kelajuan gerakan mata atau dalam bahasa inggeris nya rapid eye movement. 

Kedukaan yang sering mengawal perasaan jiwa kita ketika kita sedih mewujudkan mimpi yang menyedihkan, mimpi yang mampu membuatkan kita melahirkan perasaan takut, sedih dan menyendiri. Pemberotakan gelap ini patut dinaturalkan dengan memasuki dunia kota sambil bergembira dengan teman semua. Jangan berasa resah, Jangan takut, dan Jangan menyendiri. Musuhmu adalah dirimu sendiri, pencakar dinding kehidupan alam sebelah. Alam yang cemburu dengan kehidupanmu.

Mari kita sama-sama bergembira dengan mimpi indah, mimpi indah seperti di atas khayalan kertas yang dilukis dengan sempurna sekali. Perasaan yang ikhlas dapat mengawal kehidupan di dalam khayalan kertas.

Ini aku buat selepas aku bermimpi tentang sesuatu yang membuatkan aku rasa ingin memberontak, memberontak di setiap kota, kota-kota yang punya pelbagai perasaan. 

May 30, 2011

Hello or Goodbye ?


Hello, nama saya buku,
kamu boleh lihat saya tapi jangan pegang,
kalau mahu belek-belek,
kamu boleh balik,
nanti marah orang lain,
kamu mahu baca buku?
banyak ?
tapi susah nak pilih ya?
pilih yang tebal-tebal,
ada sesuatu didalamnya,
sesuatu yang sukar untuk difahami,
seperti ingin memahami kehendak sendiri,
baca seorang diri,
jangan tunjuk-tunjuk,
tiada yang sama,
nanti timbul ketidaksaksamaan,
dan ketidakpuasan,
Goodbye :) I am Yellow Submarine, Yellow Submarine ...

Propaganda Olok-olok

Propaganda adalah salah satu seni yang halus. Seni halus yang mampu memanipulasi pemikiran seseorang seiring dengan maksudnya yang meletakkan emosi sebagai hasil akhir yang PERSIS dan sama sekali bercanggah dengan tindakan rasional yang memerlukan proses pemikiran dua kali.

Propaganda lebih kepada idea pemikiran yang jitu. Namun, ada yang tersalah anggap dengan konsep propaganda dan menjadikan propaganda sebagai medium persoalan yang mewujudkan pertelingkahan diantara ramai jiwa.

Propaganda disebarkan melalui pelbagai cara antaranya ialah berita baru, reviu sejarah, komik fiksen, buku, filem, radio, tv dan poster. Semua cara berbeza dari segi hasil akhir. Hasil akhir yang menampakkan keputusan propaganda tersebut.

Jika anda ingin menyepak bola terus ke palang gol, persiskan idea anda dengan kata-kata yang bernas. Selarikan pendirian anda dengan fakta-fakta yang bermakna.

Aku sebenarnya tidak tahu tentang propaganda.
Ini cuma analogi yang aku tahu, bukan aku yang hasilkan, ini cuma penemuan medium penglihatan dan pendengaranku.Hasil akhir hanya penulisan yang dipadatkan supaya senang dibaca.

May 29, 2011

Bayangan angan-angan palsu

Currently playing "Little Joy - The Next Time Around"
Pelangi 7 warna aku adalah analogi terbaru aku terhadap sesuatu yang datang kearah aku. Aku tidak pasti tentang niat sebenar yang terpendam jauh di dalam pelangi 7 warna. Adakah ia sesuatu yang akan menjatuhkan aku ataupun ia sesuatu yang akan membangunkan aku dari mimpi siang. Apa yang pasti aku tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada hari esok dan hari selepasnya. Jika pelangi 7 warna dapat bertahan. Aku akan gabungkan Matahari 7 jiwa ku dengan Pelangi 7 warna menjadi 14 Mahapelangi 7 Spektrum Kilat. Matahari pasti cemburu dengan aku, cemburu buta kerana takut akan awan gelap.

Oh Matahari, aku tahu engkau sungguh panas, badan aku panas membara. Biarlah aku lihat apa yang Pelangi 7 Warna mampu buat untuk memeriahkan hari biasa. Boleh ? nanti aku akan toleh engkau selalu.

Persis atau Pasif ?

Kasabian - Take Aim
Melihat bulan tidak sama seperti pergi ke bulan,
Kenapa engkau pergi ke bulan,
Mana pancaindera matamu?,
Yang dekat, dijauh-jauhkan,
rumput yang lapang dibelukarkan,
Masih berselindung di sebalik batu?
Supaya tercapai impian yang satu?
Kamu panah dengan persis ya,
jika persis, satu menjadi seribu.
dan
Seperti berdiri di gunung seribu,

Retrospectrum

"OH KAU SUNGGUH GORGEOUS"
Walau secantik mana pun wajah kau di cermin,Aku rasa wajah kau pada masa lalu lebih cantik.

Aku ingin mempersoalkan "Retrospect", Retrospect bermaksud kembali ke zaman dinosour menggunakan mesin masa ciptaan "Niktronex". Niktronex adalah pengkaji bulan, dengan bantuan bulan galaksi bimasakti akan terbentuk. Galaksi bimasakti ini lah menjadi pintu ke zaman dinosour. 

Zaman dinosour adalah zaman aku dulu, zaman kegemilanganku. Bila aku ingat kembali semuanya, aku rasa seperti seorang yang bodoh dan dunggu. Aku tak patut mencipta mesin masa ini, aku patut mencipta mesin cita-cita. Mesin cita-cita dapat memberikan panduan untuk aku terus berlari-lari kehadapan.

Oh yeah, karut dalam retrospect paling hebat.

May 28, 2011

Sunset


Have you heard of Sunset ?
Clumsy sunset she is, but poor, she is not,
and she look very beautiful as she smiles a lot,

May I introduce her to you?
and if you acquaintance her before I do,
Please, let me,
Let me cut these miserable half, and
I'll put myself on remarkable sun,
to fill myself with lusty love,
and trust you one, true.
and then i melt. and
I think one of my brain just came off.
pity.

May 26, 2011

Rose Hebat

I will definitely meet you at the black garden,
Where the dark meet the burden, and
staring at each other ... 
when everything went wrong...

Aku punya rose,
berwarna merah,
menyerupai merak merah,
berlagak seperti lobak merah,
Aku juga punya hati,
hati yang sudah basi, dan
aku semestinya juga punya jiwa,
jiwa yang bercakap sendiri,
jiwa yang ingin menjadi diriku sendiri,
tapi jiwaku sudah malas,
kamu mahu bertukar jiwa?

-- bajet.

May 22, 2011

May 20, 2011

The Stone Roses - Ten Storey Love Song

Ten Storey Love Song
Ten Storey Love Song antara lagu yang aku minat dalam album kedua The Stone Roses berjudul "Second Coming".

Aku cuma ingin bercerita tentang apa yang aku rasa setiap kali aku mendengar lagu ini. Album kedua The Stone roses ini mengambil masa 5 tahun setengah dan ini membuatkan aku terfikir pasti ada sesuatu yang unik di dalam album ini. Hal ini, membuatkan aku membayangkan proses mengeluarkan album ini pasti "complicated" dan proses mengaplikasikan perasaan sebenar untuk mengilusikan sesuatu situasi sehingga ke proses mengubahnya ke bentuk lirik lagu yang boleh dinyanyikan. Playlist.

Lagu yang aku ingin "interprete" ialah Then Storey Love Song dan dibawah ini adalah liriknya.


When your heart is black and broken                                 
And you need a helping hand                                              
When you're so much in love                                               
You don't know just how much you can stand


When your questions go unanswered
And the silence is killing you
Take my hand baby, I'm your man
I got love enough for two


Ten storey love song
I built this thing for you
Who can take you higher
Than twin peak mountain blue?
Oh well, I built this thing for you
And I love you true


There's no sure fire set solution
No short cut through the trees
No breach in the wall
That they put there
To keep you from me


As you're lying awake in this darkness
This everlasting night
Someday soon
Don't know where or when
You're gonna wake up and see the light


Ten storey love song
I built this thing for you
Who can take you any higher
Than twin peak mountain blue?
Oh well, I built this thing for you
And I love you true

Ini adalah pemahaman aku sendiri tentang lagu ini dan aku pasti masing-masing ada cara yang tersendiri dalam melihat sesuatu ataupun dalam erti kata lain "Take it, and feel it".

When your questions go unanswered
And the silence is killing you
Take my hand baby, I'm your man
I got love enough for two             

verse diatas menceritakan tentang perasaan sebelah mata penyanyi.

Lagu ini melegakan aku apabila aku menghadapi situasi dimana aku tidak dapat mengawal stress. Mungkin kelegaan ini antara satu sebab yang membuatkan aku mendengarnya tanpa rasa bosan. Lagu ini seperti hidup, hidup dalam suasana yang sunyi dimana perasaan aku seperti pulih seperti hari sebelum aku diserang stress. Bagi aku, mungkin lagu ini tentang seorang perempuan yang putus cinta dan sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu ini ialah kawan baik kepada *perempuan tersebut. Akan tetapi wujud satu perasaan yang aneh sehinggakan penyanyi tersebut ingin melagukan lagu ini.

"Someday soon
Don't know where or when
You're gonna wake up and see the light"

Cuba fahami verse diatas? Apa yang anda dapat rasakan ?
Aku merasakan penyanyi mengatakan bahawa perempuan yang putus cinta itu akan sedar betapa sayangnya penyanyi terhadap dia tetapi tidak tahu bila dan dimana. 

"There's no sure fire set solution
No short cut through the trees
No breach in the wall
That they put there
To keep you from me"

Pada verse diatas pula penyanyi menyatakan kedalaman perasaannya. 

Secara keseluruhannya, lagu ini membuatkan aku menyayangi semua perkara kerana aku merasakan lagu ini bernada subjektif. "First Impression" setiap orang adalah berbeza. Aku mendengar lagu bukan kerana aku minat tetapi aku menghayatinya dengan menganalisis segala sumber tentang penulisnya. Dengan mengetahui cara penulis tersebut berfikir, aku mungkin dapat mengagak cara penulisannya yang seterusnya. Walaupun kita sudah berada di Z, tidak semestinya kita perlu meninggalkan A.

*The Stone Roses 2nd Album "2nd Coming" paling genius.
*Sesuatu perkara pasti ada sebabnya, kita tiada hak untuk bercerita tentangnya tanpa usul periksa.

May 19, 2011

Me & You

When you were around,
I'm your playground,
and my obsession is in your head,
connecting into your brain,
Dancin' all day long
I Want to believe it, but it was impossible,
I couldn't and I tried.

.Call me Ace.
But now,
We're no longer dancing all day long,
I can't get enough, and
I'm talking like a Chinese man,
Walking like a trouble lad tough,

What became of The Like Lads ?
Singing now, singing now, and
I can't get enough.

Little Vampire suck your night, 
haunted all night,
Just watching morning sun in dream,
Someone said "Everything will flow" ...
you knew it from the start, but
at least you had tried ...
and now,
I don't feel like to dance again..

May 17, 2011

Coming soon

RPA & The United Nation of Sound *Richard Ashcroft

Coming soon

Suede Remastered and expanded editions of all five studio albums in June 2011

Arctic Monkeys album titled "Suck It and See" in June 2011

The Libertines reunion but don't know yet, maybe it will, maybe it won't, just wait...

"Upside Down" movie features new interviews with label founder Alan McGee, Noel Gallagher, Primal Scream and more and will be released on May 9.

Eh satu lagi  ..

How I Met Your Mother Season 6 Finale tonight.
.......

FYI : NGCYW.

Sana sini ada sahaja

Bila lagi mahu aman ?
Sana sini berfikir sampai pitam,
Mahu menjadi besar,
Mahu menjadi yang satu,
Mahu menjadi seorang yang sudah melalui semuanya,
Manusia terdiri daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua kesemuanya,
Masing-masing melangkah dengan nada yang sama,
Biarlah semua merasa,
Kalau punya pendirian palsu sendiri,
Sana ambil pensil buat buku jadi dewa,
dapat kah?
Siapa lagi yang betul,
Siapa yang mahu aman?
Siapa?
Sekali pecah satu dunia, mana mahu tinggal?
Hilang semuanya....
Aku lagi rindu pada zaman kepala dinosour.
Boleh aku makan daging dinosour,
Boleh aku tengok dinosour lawan yang penting bukan manusia,
Kenapa aku lahir pada zaman yang kian hancur?
Semua mahu jadi satu,
Kalau rasa diri "brilliant", apa itu "don't give way to hating" ?
Kalau tahu amanlah.

*Still alive ?

Facebook Group: Glamourous Indie Rock and Roll

Post ini untuk bagi sesiapa sahaja yang meminati musik dalam genre Rock and Roll dan yang sewaktu dengannya bolehlah pergi join group Glamourous Indie Rock and Roll di pautan Facebook anda sekalian ya...

Glamourous Indie Rock and Roll
Yang berminat luang-luangkan lah jari anda dengan mengklik pada button join dan kepada yang tak berminat tiada paksaan di sini kerana minat seseorang itu adalah sesuatu yang luar biasa. Tiada minat tiada luar biasa dan jika ada minat sesuatu yang luar biasa akan terkeluar dari jiwa brilliant anda. Analogi merepek aku yang tiada sumber yang asli kerana jiwaku yang membisik-bisik.

Aku pun tak tahu apakah manfaat sebenar page ini tapi aku ingin berkongsi dan terus berkongsi sehingga aku tiada apa lagi hendak dikongsi tapi itu mustahil kerana ada ada sahaja benda baru datang memintas mindaku dan minda yang lainnya.

Peace out.

Akhir kata aku kongsikan dengan lagu "Obsessions by Suede". sumbernya cari di google. :) 

Detikan Malam

Aku pinjam sekejap kat google.
"Sedang berasmara dengan jiwa supaya jiwa dapat memecah masuk ke urat yang mengawal jari jemari ku untuk menulis nukilan yang tak seberapa pada jam yang seterusnya. detikan bermula"

*aku allow comment supaya ada yang memberi inspirasi...

May 16, 2011

"Special Thanks" kepada semua PENDIDIK

"Thank you, you are brilliant" and you said "i just want to see you all happy"

Sempena hari guru tahun ini, saya rasa terharu pula, teringat kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya. Nak tahu tak ? Dalam tempoh untuk menjadikan diri saya menjadi seseorang yang sangat kuat berfikir ingin tahu, saya banyak dibantu oleh guru dan saya pernah dijadikan seseorang yang akan mendapat "score" yang terhebat. Ini kisah sekolah menengah. 

Saya masih ingat, guru pernah membantu saya, siap bagi saya duit poket lagi, baik sungguh! Thank YOU! Walaupun garang tapi dalam jiwa ada perasaan prihatin. Mungkin disebabkan dia tahu saya kerja part-time ketika saya nak SPM, hahaha orang lain sibuk tuisyen tapi saya sibuk melengkapkan keinginan sosial saya jadi saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan sesuatu yang saya inginkan dengan usaha sendiri. Penat memang penat tapi yang penting saya dapat apa yang di idam di dalam jiwa contohnya gitar baru dan skateboard, oh lupa, dulu saya budak skater tapi dah "retired". 

Sekarang saya sudah melalui semua itu, dan ingin mendapatkan *********** dengan super fast tapi sebelum itu saya harus berterima kasih kepada semua pendidik saya dan berkati saya!! .. janggut pun dah ada, rambut pun dah macam enstein. 

Sorry formal sangat, kerana ini untuk guru yang terhebat jadi perlu formal kerana "they deserve it".

*Don't make fun of people who teach you anything, help them, they will help you too.

Scenes Selepas

"And then, I come to you with guilt feeling" 
And  then, I told you twice, 


We're not gonna be, a lover .. 


And then, it's over, 



Music Review: Morrissey

Hari ini aku merindui suara morrissey dan dengan izin jiwaku sendiri, aku pergi melayan lagu-lagu Morrissey.
Baru bebeperapa minit yang lepas aku mendengar suara comel. *hahahahhaa

Morrissey
Jika anda kenal The Smiths, anda pasti kenal Morrissey atau nama sebenarnya Steven Patrick Morrissey. Musik morrissey dikategorikan dalam genre ... susah saya nak terangkan genre sebenar musik Morrissey, apa yang saya tahu Brit's Sound or Brit Pop yang dikenali sebagai indie musik sekarang bagi segelintir orang. Tapi bagi aku musik brit pop tetap musik brit pop dan tiada yang dapat menafikannya.

Mungkin ada yang perasan, ada artis Malaysia yang menyanyikan lagu cover yang bertajuk "First Of The Gang To Die". Salah satu kegemaran ku sejak aku kenal Morrissey. Aku juga perasan ada Band Malaysia yang Brit's Sound aLike yang membawa sedikit "riff" dan mengubah menjadi semakin rancak. Memang terbaiklah kalau musik kian menjadi rancak kerana aku merasakan fikiran remaja sekarang kian merancak jadi musik yang rancak adalah idola semua atau segelintir. Semua ini adalah pengaruh atau dalam bahasa inggeris "influence". Perkara inilah yang membentuk jenis musik yang akan keluar kelak. 

Tapi aku, Pete Doherty selamanya <--- best poetry! 

*cukup sedikit tentang morrissey, asalkan tahu nama sudah... esok lusa pasti lupa macam saya

May 15, 2011

Mahu apa sebenarnya ?

Aku melihat sekeliling dan aku melihat lagi di sekeliling sambil berfikir apa yang aku mahukan sebenarnya. Di sekeliling aku juga selalu bertanyakan kepadaku "Apa yang kau mahukan?". Aku buntu tercari-cari dengan fakta yang mana aku perlu kaitkan dengan jawapan untuk soalan yang tersebut. Dan aku menjawab dengan ...

Adakah ini yang kamu mahukan ? 

Kuaci Bersenam
*Credit to people yg rajin upload gambar kuaci*
Kuaci bersenam adalah kuaci yang membuatkan aku terus dan meneruskan lagi perjalanan aku tanpa bosan, kerana aku ditemani oleh kuaci bersenam. Disaat aku bosan aku jumpa petikan dibawah.

Terasa seperti ada yang memancarkan sinar bintang ke arah ku.
Adakah bintang ini yang senang hati perasan bahawa aku wujud?

Bintang Capricon
Hari-hari ku memang biasa sahaja, memang sama sahaja, tapi aku mahu tahu sedikit kata-kata pengkaji bintang tentang diriku ini walaupun peratus kepercayaanku cuma sedikit tapi aku tetap meneliti perkara tersebut juga.

*Apa yang aku mahukan sebenarnya ialah sambungan cerita untuk hari yang esok.

Selepas senyuman

Sampah part 2 


Setelah membaca tulisan "sampah" ku sendiri beberapa kali, aku terasa bangga pula. Ini mungkin disebabkan pujian seseorang yang berbunyi seperti ini "Your English seems Very Good". Seseorang yang pernah melalui apa yang aku lalui sekarang. Pujian itu mungkin yang sebaliknya kerana aku berfikiran begitu. 

Sekarang, dan lagi ;hidup aku mesti bercambah seperti pokok besar, biar ada cabang ranting-ranting yang boleh mengugurkan dedaun kering untuk kehidupan yang seterusnya. 

Sekarang, dan entah bila lagi ;aku akan melengkapkan "wishlist" aku yang bertimbun-timbun seperti dedaun yang kehijauan yang akan bertukar menjadi kekuningan pabila ia gugur kelak. Dengan pantas dan tangkas aku akan membaling dadu kehidupanku untuk memilih perkara pertama yang perlu diselesaikan. 

Sekarang, dan malam ini ;aku rasa aku ingin berhibernasi sekejap sambil bermain-main dengan fikiran orang lain. Fikiran yang sedalam lautan, sesempit sumpit yang disumpit ke langit. 

Cukup untuk malam ini, selepas fikiranku terganggu aku akan legakannya dengan kritikan sendiri.

May 14, 2011

Bermula dengan sifar

Recommended Book

Setelah setahun aku membuang masaku dengan permainan yang mengasyikkan, hari ini dan mungkin esok buku aku akan dibukukan dalam tajuk yang agak "sampah" bagiku. Buku yang mampu membuatkan mata aku berkilat bersinar dan gembira sendirian. Buku ini aku panggil "sampah", seringkali aku terfikir "kenapa aku mesti menerbitkan buku sampah?". Lansung tidak bermakna tapi itu hakikatnya. 

Idea tentang sampah ini bermula dengan idea yang agak sampah, kenapa aku perlu mengikut idea yang agak sampah sedangkan aku punya akal untuk berfikir tentang idea yang lebih bersih. Inilah akibatnya jika kita membudayakan amalan "Coyness". Malu-malu pun janganlah semalu rumput semalu, manja-manja pun janganlah semanja kucing yang sudah akrab dengan tuannya, mereka biarlah mereka, mereka tetap dengan pendirian sendiri yang lebih baik kerana mereka yakin dengan diri mereka. 

Tapi aku berfikiran endah tak endah, yang penting aku ikut idea sampah ini tapi aku juga yang terseksa, tersedu, tak tidur malam, kalah, dan sebagainya. Semua perasaan jatuh kebawah boleh disenaraikan dengan bahagianya jika semuanya dapat menghuraikan keseksaanku ini. Sudah, aku ingin menceritakan keadaan yang sebaliknya pada perengan yang berikutnya.

Sampah tetap sampah, tapi sampah itu aku ambil dengan kerelaan hati yang berbelah bagi, aku harus pilih satu daripada dua, tapi aku pilih sampah. Sampah yang terhasil daripada titik peluhku, mungkin jauh dalam hatiku, aku perlu bangga tapi aku dulu selalu mendengar ayat ini "Kenapa buat benda dua kali, masih banyak lagi benda yang belum dibuat". Sungguh sukar difahami, kalau diterjemahkan dalam bahasa inggeris mungkin sekali baca terus faham. 

Bermula dengan sifar kita akhirkan dengan menambahkan satu dihadapan sifar menjadi 10. Besar juga angka ini. 

*Terakhir dan yang terakhir aku salahkan sistem yang tidak sistematik, semua orang bijak tapi kalau kebijaksanaan seseorang itu tidak diuji, mana mungkin angka 1 tiba-tiba muncul dihadapan sifar bukan, kalau adapun mungkin magis semata-mata. 

I Shouldn't Waste My Time

Credit is to Credit Brilliant People but People is just a Common People.
And here we are again,
Eh I think I forgot one thing ;
I should have said "Thank You, You're Nice" first.
And for anyone who already sleep,
Just let the rhythm of the dream hit 'em. and
I shouldn't have left you alone,
alone in the room but in my mind; it was all destiny,
A single destination, single mind memory, and
Perfect sensation,
You making way out to refresh your lifetime,
I'll consider you.

*No nothing I can do but there's so many thing I should do.

Oasis Forever or Forever Oasis


Live Forever, Supersonic, Brilliant !

Stop Crying Your Heart Out

Etc Etc Etc Etc ...

Salah satu band yang mampu menenggelamkan jiwaku jauh ke dalam ilusi jiwa mereka.
Salah satu band yang aku minat dari dulu dan selamanya kerana Forever Oasis walaupun Oasis sudah berpecah belah tapi Oasis tetap satu bagiku.

Dengan gaya "confident" Liam, aku terus terpukau menghayati semuanya.

Bila musim bunga datang, aku pasti kita akan kembali.

*Memecahkan kepala yang bosan dengan meluahkan segala isi jiwa yang terpendam

We Were Here ?

Be Here Now!!! 


I lost my sight,
I lost my bright,
I couldn't remember yesterday's story,
I lost my appetite,
I couldn't smash my head with my dream,
I can't stop myself to resurrect them.

Oh your pain so plain, no, i don't need your man.
I know that everything you do will wash your pain,
and i don't want to claim anything.
and you don't care about how i care.

*2 posts aku hilang ... are they still alive? 

May 12, 2011

Plastik 69 Menari-nari di sekitar lembah bukit

Kepada yang sudi membaca, ribuan terimakasih dihulurkan, sudah lama sudah mindaku tidak menjerumuskan diri ke kancah pemikiran kritis. Bila saja aku ingin berkata-kata aku disentak dengan satu perasaan yang agak dalam. Perasaan yang seringkali bertegur denganku dengan nada perkataan dalam "Tunjukkan". Satu roh dua jiwa, klimak kehidupan yang perlu dikecapi walaupun ianya bukan sesuatu yang pasti.

Oh plastik, mari kita dengar lagu "Plastik Heart" by Dirty Pretty Thing.

Anda pandai bermain silap mata untuk mengembirakan seseorang yang anda suka atau yang sebaliknya?
Jika seseorang itu terpukau dengan nada muslihat tersebut, teruskanlah kerana mereka mungkin akan terus gembira atau yang sebaliknya.

Anda pandai menari-nari untuk menarik sesuatu ke arah anda seperti magnet ?
Bukan tarian yang aku maksudkan tapi sesuatu yang datang sendiri, trademark ?

Malam pun semakin menakutkan dan pabila pagi menjelma, pagi sebelum subuh.
Jiwaku tidak dapat menari-nari, semua perkataan seperti kabur, fokusku hilang sikit demi sedikit dan kepeningan otak memusing-musingkan jiwa seperti abstrak yang mengelirukan mata.

*Aku perlukan angin sekarang, guntur pun belum berkumandang.
*Jangan menanggis sampai subuh.

Miles Kane - Colour of The Trap

Ohh siapakah gerangan Miles Kane ?

Sedikit informasi tentang pengemar garage-rock. Miles Kane yang lebih dikenali sebagai salah seorang penyanyi The Last Shadow Puppets. Baru-baru ini beliau mengeluarkan album solo yang berjudul "Colour of The Trap". Masih mengekalkan trademark The Last Shadow Puppet.

Tidak banyak yang dapat dibualkan tentang album terbaru ini, aku sebagai pengkaji musik memang hobiku untuk mendengar sesuatu yang baru dan kritikanku hanya aku seorang yang tahu tapi pujianku melebihi kritikanku.

Colour of The Trap
Aku merasakan mungkin aku seorang sahaja yang selalu berfantasi dengan musik, aku berfikiran sesebuah album menceritakan sesuatu yang dalam dan mendengar lagu-lagu didalamnya mampu memecahkan segala misterinya. Have fun.

Kalau kenal Alex Tunner mesti kenal Miles Kane ni kot. 

Sudahlah, malam pasti menjelma, jangan ditunggu. pasti akan menjelma seperti bintang malu dengan hujan.

*Aku rasa aku lebih hensem dari Miles Kane hihi ^^

I don't feel like to be alone 

Orang Pertama

"Be the first of yourself to like this." .... 

May 9, 2011

Hutan I

"Tersesat di dalam hutan, buntu tiada jalan keluar, sepertinya memerlukan petua"

Review : Im here (2010)

Poster Filem I'm Here (2010)
Menonton filem mungkin diantara salah satu cara kita untuk berinteraksi dengan novel yang panjang ;bagi seseorang yang agak sukar untuk menghabiskan masanya untuk membaca. Kebarangkalian untuk memahami apa yang ingin dibuktikan dalam sesebuah filem ataupun novel hanya diri sendiri yang tahu. Mungkin ada yang ingin mengadaptasi fantasi ke dalam kehidupannya, dan mungkin ada juga yang diam tidak terpegun melihatnya, semua idea yang terkeluar pasti berbeza-beza seperti awan di langit yang sering kali bertukar wajahnya mengikut cita rasa pemerhati.

Filem I'm Here (2010) adalah filem pendek yang mengisahkan tentang seorang, seorang yang menjalani kehidupan yang biasa seperti kita. Seorang yang ingin melihat semuanya dengan kreativiti tersendiri. Filem ini dapat dihayati selama 32 minit jika tidak dipotong-potong jalan ceritanya. Ingin mengetahui apa yang ingin dibuktikan dalam filem pendek ini ? Tontonilah dan mungkin kita akan sedar dengan perkataan ini "We has lot to give". Filem yang agak comel dan kreatif.

Mengembara di dalam lirik lagu

ALBERT HAMMOND JR. - WAIT

It's been a long time
Now I'm coming back home
I've been away now
Oh how I've been alone
Wait till I come back to your side
We'll forget the tears we've cried

But if your heart breaks
Don't wait, turn me away
And if your heart's strong
Hold on, I won't delay
Wait till I come back to your side
We'll forget the tears we've cried

I feel as though
You ought to know
That I've been good
As good as I can be
And if you do
I'll trust in you
And know that you
Will wait for me

It's been a long time
Now I'm coming back home
I've been away now
Oh how I've been alone
Wait till I come back to your side
We'll forget the tears we've cried

I feel as though
You ought to know
That I've been good
As good as I can be
And if you do
I'll trust in you
And know that you
Will wait for me


But if your heart breaks
Don't wait, turn me away
And if your heart's strong
Hold on, I won't delay
Wait till I come back to your side
We'll forget the tears we've cried

It's been a long time
Now I'm coming back home
I've been away now
Oh, how I've been alone 


----------------------------------------------------
lama sudah aku di sini,
lama juga sudah ku tinggalkan keintiman ku di sana,
dan bila saja aku merindui,
semuanya tidak dapat dijejaki,
bila masa aku percaya,
aku mulai ragu dengan yang berikutnya,
aku bertahan,
semua pun bertahan,
aku berhenti,
semua pun berhenti,
aku memberitahu,
semua pun memberitahu,
aku mengerti,
semua pun mengerti,
tapi semua tak sama,
aku cuma ingin diberitahu,
untuk kali kedua,
kedua dan yang terakhir.

Bangun pagi, cergaskan matamu

Dulu, aku ingin semuanya berlalu dengan indah, indah seperti yang selalu di mimpi-mimpi ketika aku tidur tidak sedarkan diri.

Semalam, aku ingin semuanya seperti hari esok yang sedang aku mimpi-mimpi, ohh hilang semuanya bila mataku mulai sedar. Fikiranku pun mula bercelaru tak pasti tentang semalam, tentang pilihan semalam.

Hari ini, aku ingin mengubah semuanya lain dari yang lain, jalanku tampak luas dan mungkin akan sempit jika aku tidak melaluinya.tak lena aku dibuatnya, kelihatan rambutku semakin hari semakin kusut. buat tontonan sendiri dan bersembunyi di kamar.

Pada malam ini, aku terus pergi ke suatu sudut dan mendengar penerangan demi penerangan yang halus bunyinya. Mungkin esok aku akan pergi ke laut mencari ikan untuk kehidupanku kelak

*they expects we knew nothing about it, learn from them

May 3, 2011

Interaksi Minda

"I learned from them, they learned from mistake" 
We aren't the astray of sunshine, but We are the only one who claim nothing is gonna be alright.

Mastermind

"Bila tiba masanya, aku ingin melawat aku disana, kerana aku disini kian keruh"
 Aku seorang "Melodramatic thinker" ?. Kepantasan sering dikaitkan dengan kelajuan, kelajuan sesuatu, kelajuan bermadah, kelajuan menerangkan, berapa lajukah kekuatan minda anda ?. Adakah minda anda sedang diusik-usik dengan kepeningan sendiri yang membuatkan kehidupanmu kucar-kacir seperti insan lain yang digelar "clumsy person" dalam kehidupannya?.

"Oh, aku sudah lewat sekarang, tunggu aku disana, mungkin aku tiba setelah engkau pergi tak menunggu"
 Aku hidup seorang jika keluargaku dikecualikan, aku hidup cuma sekali dan aku memberitahu cuma sekali sama seperti manusia yang lain tapi manusia mendengar berkali-kali. Berapakah kelajuan minda anda untuk mengorek akar yang dalam ? Akar yang dalam perlu disiram setiap hari supaya pohonnya keluar ke arah cahaya matahari yang sedia membantu sebelum malam menjelma. Jangan biarkan malam menjelma supaya pohonnya tumbuh seperti nama yang diberikan.

*Padat dan ringkas,
sekali baca, diam seketika,
2 kali baca, keliru memanjang,
"keep on sight", datang sendiri. :)