Jun 30, 2011

Selepas Berpura-pura




Dulu berbasikal berseronok di jalan lurus,
terjatuh ditolong di jalan bengkok,
masih juga diingat sehingga sekarang,
seperti peperangan kembali terang,
menerangi hari sendiri berfikir panjang,
mahuku lari ke sudut ada kawan banyak,
bercerita tentang hari esok,

dan
di kala diam semua terdiam,
ada juga tercerita tentang rahsia semalam,
ketawa sendiri sekeliling jadi suram,
tiada yang mengerti,
seperti kehidupan seorang perantau,
mana mahu orang tahu bukan.

Boleh aku tembak sekali lagi ?
Semua perkara,
satu persatu,
dari dalam hingga ke luar aku pecahkan,
tentang keamanan dalaman,
keharmonian jiwa dalam,
kedamaian prestasi bersendirian.

Jun 27, 2011

Cerita Seram Semalam memalsukan jiwa berani


Di atas nama samaran,
aku senandungkan kata maaf,
simbolik kepada putusnya sudah segala prasangka negatif,
dan jiwa pasifku dulu berasa ngilu,
kerana jiwa aktifku sudah lantang membedil peluru,

seperti,
seperti hari sebelumnya, aku dihasut oleh nada keras yang pincang,
hasutan yang punya fasa yang kusyuk,
sungguh kusut aku dibuatnya dulu,
tak terdaya aku dengan sandiwara rayuannya,
tapi sekarang ombak pergi meninggalkan pantai,
rasa nikmat pula, aku menikmati pantai yang damai,
di sini aku noktahkan irama otak sakit jiwa,
dan setiap hembusanku berhawa,
dingin.

kini,
aku semakin berani
eh, adakah aku betul-betul sudah berani?
Inginku pelbagaikan cerita dari berita, "kata mereka.
seperti bulan punya banyak nama,
tidur berlagu sendiri,
menghadam tenaga untuk hari esok yang mungkin,
tragis.

Ilusi jiwa naif tentang diri sendiri.

reference: menebang pokok dengan pisau yang tumpul.

P.S Jika tidak disebabkan kesibukan yang menjemputku bertelingkah dengan masa, akan ku hadam segala cerita tentang kamu semua. aku fikirkan juga ;mungkin dapat diertikan dengan ilusi jiwa naif ku sendiri.

Jun 25, 2011

Translator Terhebat yang sudah Biasa

Inginku pesan kepada orang mudaku tentang kebiasaan terhadap sesesuatu yang luar biasa pasti dapat membiasakan diri dengan kumat kamit mulut yang "bercakap entah aku pun tak faham". 
Ingin juga aku mengetahui sedalam mananya sesuatu yang luar biasa yang selalu orang biasa ungkapkan dengan perkataan yang biasa. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan tindak tanduk mereka.

Bila keinginan aku sudah menjadi kenyataan, aku mungkin sudah terlupa perkara biasa yang selalu bermain di kota jiwa yang riuh rendah dengan suara sinis. 

Kalau semuanya jadi, kalau semuanya aku bisa biasakan, pasti esok, lusa dan hari selepas hari biasa menjadi sesuatu yang sungguh luar biasa.

Inginku tunggu itu tapi sampai bila. Mungkin bila matahari sudah turun tidur. Malam katanya. biar sejuk dunia memandang. 

Sekarang aku baru bangun dari mimpi dan ini mimpiku yang aku biasakan.

BIAS.

Bila dunia sudah bosan

Semua tak terkata,
diam membisu,
tunduk ke tanah,
itupun
kalau masih berpijak di atas tanah.

Jun 24, 2011

Peta Dunia


Peta dunia terukir sendiri,
yang kecil dipecah-pecahkan,
yang besar diagung-agungkan,
lahir istilah tiri,
lahir pegangan selingkuh,
yang memerangkap perasaan angkuh,
perasaan yang terperangkap di dalam diri,

Peta dunia juga terbentang luas,
dan pecah dibom,
menjadikan lautan seluas dunia,
tenggelam semua makhluk,
dan tiada yang berpeluk,
pergi melarikan diri sambil menyeluk,
.. sepi lagi

Jun 18, 2011

Bila masa

"Bila ada masa terluang, keadaan di sekeliling menjadi riuh seperti selalu."

Tapi sekarang ?,

Tidak punya masa lagi .... -.-'

Aku perlukan masa tidurku

Jun 12, 2011

Harap

"Sudah bertahun aku bertanyakan kabar, tapi satu pun tidak terjawab, mungkin angin letih dan perlukan rehat yang cukup kerana esok ada puting beliung besar"

Uii, Bukan aku itu ..

Gerila 415201 yang dulunya berpengkalan di tanah jajahan Gabenor yang tidak serumpun ataupun tidak sejiwa dalam menangani operasi operasi pembunuhan dalam masa sesaat telah dihijrahkan ke kota yang punya satu nama. Kota ingin menang. Gerila 415201 yang punya akal yang genius kembali bersatu jiwa dengan gorila-gorila dan menamakan platun mereka dengan nama Gerila Gorila 1010. 

Akan ada satu keramaian yang besar diadakan untuk Platun.

Akan ada dua jiwa yang akan dipertontonkan di depan mata.

Tetapi cuma ada satu perkara yang diperbincangkan.

Lebih baik aku keluar mencari bukti untuk melangsaikan segala persoalan sendiri seperti yang aku terangkan di sini yang bermaksud semangat yang kental dalam bertarung.

*Gerila 415201 punya satu maksud yang tersirat.

Jun 10, 2011

Friday telan ayat aku

 "Aku hanyalah seseorang, tiada kulit buku yang sesuai untuk menerangkan aku di dalam isi buku."

Sungguh sedap makanan itu


Semua orang inginkan sesuatu yang sedap,
yang sedap jadi buruan, yang tidak sedap menyendiri di pinggir,
Diskriminasi di sana sini, sedih mataku memandang,
ingin aku menanggis di depan, tapi modenisasi mencemburuiku,
Aku tak sehebat orang yang duduk makan makanan yang sedap di atas menara tinggi,
Aku inginkan semua itu, tapi janganlah melihat orang dari atas seperti melihat semut yang bersuka ria membawa makanan bersama-sama,
Kecapi kejayaan mu dengan senyuman,
Bukan semua orang suka engkau, dan mungkin aku juga tidak suka engkau,
Tapi aku ingin engkau faham apa yang aku sampaikan,
Aku mungkin hanya dapat menyelamatkan engkau, bukan untuk dihina

Secebis rasa menikmati kesedapan alam, secebis rasa merasai keamanan dunia

Jun 9, 2011

Aku pinjam entah sapa punya ayat

" Bangga dengan dosa-dosa, tapi jiwa masih parah " 

Akhirnya inilah hasil akhir

"Pabila hari esok menjelang, hari ini aku teringin menyampaikan kabar hariku, Mungkin esok kita ketemu" Kini aku sudah berada di Albion Stage membawa sekuntum bunga ros yang pudar merahnya. layu.

Jangan Lari dari Planet Nameck


Tanganku hanya berbekalkan sekeping kertas,
Bersenjatakan pen berdakwat hitam aku menulis,
Aku bukan seperti mereka, membawa emas memberitahu kota,
Tidakkah mereka tahu, aku hanya seorang pengemis,
Makan minumku, bukan aku yang tentukan,
Biar saja angin yang menemanku,
Dikala malam, aku berdengkur, 
Melelapkan mata untuk berfikir,
Jiwa ku lari, ku tidak kejar,

Aku hanyalah sekeping kertas yang terbang, tapi aku bukan penakut yang melarikan diri ...

Jun 8, 2011

Asap yang dikepul-kepul

Tatkala aku berhembuskan nafas yang segar,
Mulut ku berkata-kata tentang siapakah pemikir tegar,
Sedang ku berlari mencari jalan,
Orang berlumba mencari lawan,
Manis, Perit senantiasa membawa kabar,
Seperti asap yang berkepul-kepul, ia tersebar,
Seorang dua masih dapat di tenangkan,
Melebihi jiwa aku terangkan,
Wahai jiwa kental, wahai jiwa yang lemah,
Dengarkan jiwa mu dengan baik, otak jangan diperah,
Biarla ia menjadi konklusi di hari kelak,
Biar sampai ke kota Babylon,

*Maksudnya ingin berhenti menghisap darah orang. 

Tak payah bagitahu orang

"Kalau sudah besar, tak payah nak bagitahu orang, sendiri pikir"  -_-''

stupid killamangiro.

Jun 7, 2011

Untuk hari esok


terbaring aku di atas tanah,
melihat,
keping-kepingan yang menyengat badanku,
mencengkam rasa sakit yang kian seksa,
meneliti kebosanan tingkahlaku warisan,
untuk menyelamatkan setiap detik waktu suara hiasan,
langit mulai menangisi matahari sang suria,
namun aku masih berharap mereka tetap beria,
beria tentang hari demi hari,
sepertinya riak muka manis datang ke mari,
membawa sepatah bahasa yang cukup kiasannya,
bagi keperluan hari esoknya.

Srikandi Belantara di Bintang


Mereka Rock n Roll kerana mereka punya dongeng sendiri.
Aku juga Rock n Roll kerana aku punya dongeng sendiri.
Aku membebankan diri aku dengan dongeng aku hanya untuk,
melupakan realiti kehidupan yang keruh.
Nanti sudah jernih aku akan kembali.

Nun jauh di belantara sana,
wujud sebuah kisah yang merana,
di antara sedih dan duka yang sementara,
angkara mereka yang berjiwa karat,
mereka marah dan kian mara,
sepertinya senandung maaf tidak dapat dilayangkan,
bendera putih tak terkibar,
walaupun seratus kertas sudah terbakar,
sedihnya lari dengan kencang,
pilunya mengelapi malam yang pincang,
pincang dengan jiwa yang memberontak,
yang gagah menang diperantauan,
yang cantik menjadi bidadari di negeri orang,
ingin juga pergi ke sana,
membawa bintang yang dipetik di langit yang terpesona,
yang diselubungi juga dengan kelambu malam,
meremang bulu roma,
keasyikkan irama syadu terang.

*Skefe Lano-Itari-Psni ??

Maksud bintang

"terpulangah kepada diri sendiri untuk mendefinisasikan maksud bintang, bukan aku yang ingin menjadi bintang, aku cuma picisan bintang yang tak kesampaian dan bila ku sampai nanti pasti ada saja kerlipan yang kian kabur. Namun aku tetap dengan diriku dan mungkin esok bintangku tidak berkelip lagi"
dan pada hari esok juga akan ku turunkan semua sumber bintang ku kepada picisan bintang yang lain kerana itu perlu. 

Jun 6, 2011

Mimpi


"Semalam, cerianya mataku dilamun mimpi, mimpi yang membuatkan fikiran sedar ku mamai ketika saja bayangan lain menganggu masa tidurku."

Jun 5, 2011

Kalau



Kenapa ya ?


"Kalau kagum katakan kagum"


Kenapa ya ?


"Kenapa perlu berkawad mengikut ketua di hadapan? "


Mereka sama sekali tidak kenal ketua di hadapan.
Kenapa ya ?


"Kenapa tidak berlari bermarathon, sendiri lari, sendiri letih? ataupun sendiri baca, sendiri faham?"


Mereka ingin letih beramai-ramai. *bagus
Kenapa semuanya ya ?


*Protes dengan sikap prejudis.

Jun 4, 2011

Unattainable

"pabila huruf m kelihatan dihadapan semua perkataan, aku terilusi sesuatu, sesuatu yang aku hindari sejak dulu, ilusi masa yang mahu aku terus menunggu" I'll play my part ... 

Style is the message

"Aku punya malam yang berbeza, malam dimana ada aku dan bayangan orang bermasalah. Masalah yang menimbulkan kontroversi yang diperkatakan di gedung pemikiran prejudis. Aku percaya dalam prejudis ada taman."


Kamu percaya ? 


Ini adalah isi tersirat. Isi tersurat lebih rumit. 

Jun 3, 2011

Simpulan Penyeri Bahasa

*Little Joy - Don't Watch Me Dancing

Buaian, dibuang semua daun-daun kekeringan, berterbangan ia seperti tumbuh sayap,
Akan ku impikan sayap seperti itu, tak kan musnah hasrat jika penyeri alam sentiasa berjawab melawan dusta nafsu,
Kesanggupan meneliti budaya, kesusahan menjelaskan kesayuan yang jelas terpapar di riak muka anti-dusta nafsu,
"Bergegas mereka ya"


Ya, mereka lari lari lari lari selepas mendengar bunyian paluan "gong" yang menembak jauh ke dalam gegendang telinga, seperti ia tanda penembak jiwa kental untuk menghalau musuh ..

Dan kuteliti setiap warna hijau yang memberikanku kehidupan, seperti mereka ingin berbisik dengan sayuan yang  ditiup angin seolah-olah mereka ingin tumbang.

"Jangan tumbang, jikalau engkau tumbang, siapalah aku di sini? aku mungkin akan rebah juga"


"Terima kasih alam penyeri kehidupan, kerana engkau aku suka warna hijau"

Jun 2, 2011

Further Complications

Jarvis Cocker - Further Conplications

Ughhh, aku sudah terlambat, aku sudah tersentak dengan nada yang mengecam tulisan comotku. "Kenapa tulisan engkau comot?". Soalan apakah itu? Aku menjawab sambil tersenyum "hikhik". 

"Ish, nada yang tidak sopan membuatkan aku marah terdiam termenung panjang bagai menunggu ikan mematuk umpanku."

Anda sudah bersedia ?
Anda sudah bersedia ?
Oh Yeah! ..

Comot oh comot, walaupun ia comot tapi ia tidak secomot makhluk halus yang selalu membisik jahat ke telinga kau. Bisikan manja yang membuatkan engkau berfikir pada had yang tertentu. Had yang seiras dengan jalan penamat yang berhitam putihkan emas perawan. Sanggupkah engkau melaluinya? 

Mari kita lari ke sebelah sana, sana ada orang jual emas hijau, boleh terbang-terbang engkau dibuatnya...

*influenced by Forget the Faces .. waima xfaham ...