Jul 28, 2011

Berbicara tentang acara semalam

Semalam sungguh sunyi,.
kedengaran tangisan semalam yang seakan-akan pelena tidur semula jadi seiring dengan ketakutan yang tenggelam pudar,
agak betul juga kata-kata orang sebelum ku,
yang menyejukkan mengasyikkan mata yang memberat,
mata yang sedang berlinang dengan bara api semalam,
mungkin berterusan sehingga panas datang menerjah membawa pelangi yang turut diperkatakan, huhu
Kegersangan rasa di minda lahir kembali bernoda dengan sang perindu bulan, kishkishkish
bulan datang bukannya berjalan tapi merangkak membawa sepapan congkak,
aku mana tahu bermain congkak,
aku merasakan aku perlu belajar abc seperti aku masih di tabika dulu,
rindu di masa lalu,
kerana semuanya dah berlalu,
dan aku ingin melalui semuanya.

Sibuk dengan pelbagai karenah hidup yang kian rancak dengan misi-misi serba hebat.

Jul 24, 2011

Kebunku di sini

Berkebunku di sini menanam benih,
tumbuhnya lalang tenggelam semua,
aku pun pelik terbeliak mataku melihat,
dari mana datangnya lalang,
membuatkan aku terfikir tentang silapnya di pangkal jalan,
tentang benih yang membuatkan aku keliru,
kekeliruan seperti yang jauh tampak dekat,
dan angin yang bertiup menerbangkan aku,
seronok pula rasanya dibawa angin terbang,
bekal tiada, sampai juga di lereng bukit,
melihat alam sepertinya aku baru lahir di dunia ini,
Adakah aku masih terkejut dengan siapa-siapa yang rasa dapat mengejutkan aku ?

Sesampainya aku dikota,
baru ku tahu ada empat belas benih perlu ku pilih.
dan mungkin lebih banyak masih menunggu untuk ditanam.
 Kelabu mata sama.
 Cuma kiasan tentang perkara yang samar-samar.

////////////////////Peace out! Style is the MESSAGE ////////////////////

Jul 22, 2011

Gemparkan Cerita Semalam

Sorrylah,
Bukan naluriku yang ingin berbaris, dan
yang terasa pasti terguris,
ingin di padam, api marak,
merana seluruh kota,

Hari ini,
aku pun dah lali,
lebih baik aku kabarkan cerita basi,
tiada yang terasa tersisih,
Tersisih dengan cerita hari ini.

Singgah di kota abey.

Jul 19, 2011

Kewujudan

Kan ku gelombangkan aura kehadiranku,
dan ku tunjukkan kesemua bentuk aura-aura yang punya irama yang berbeza,
seiring dengan rentak aura yang mewujudkan satu dentuman aura besar seiras api naga.
bergoncang badan disepak epicenter.

Notation / Good Timing is the best strategy

Jul 17, 2011

Kepenatan #1

Kepenatan yang amat sangat membuatkan otakku sungguh teruja,
teruja dengan ringkasan keputusan untuk hari esok yang tak terduga,
Oh yeah ... .

Aku mengimpikan sesuatu,
sesuatu yang perlu aku cita, dan
untuk membuahkan banyak cerita,
aku perlukan kekerasan hati yang gila.

Gambaran tentang sesuatu yang perlu diusahakan dengan memenatkan diri.

Layan Psychastenie melody ..

Seutas tali

10% daripada perbualannya ada terselit tentang mereka,
Cerita lama,
Cerita baru,
dikaitkan dengan suasana yang layu,
agak sedih juga rencana kehidupanmu,
Mahu ku temankan engkau berlari pergi ke penjuru,
menadah air, atap bocor,
seperti detikan jam,
semua berlalu,
begitulah cerita tentang seutas tali,
tergantung dan kian tergantung,
mungkin perlu ada ikatan yang kukuh,
baru semuanya cerah seperti ada sahaja kisah gembira akan berlaku.
Sorry, good day! aku berlalu dulu.

We don't really need someone like you. or look alike you.

Jul 14, 2011

Murai Cantik

The Thousand Sunny
Pencerita selalu bermitos benar,
Sebenar langit biru kian nipis dihakis,
Matahari terguris banyak,
sakit yang memanaskan jiwa semua,
semua diam,
buat tak tahu,
buat tak kesah,
buat kerja sendiri,
bercium mata ingin - mencapai bulan,
bulan pun marah,
peneman malam turut berkurang
tiada yang berkembang.

Jangan bermadah tentang bertentang mata, nanti jatuh cinta, buat tak tahu.

Jul 13, 2011

Sudah Lima Belas Kali

"Berbelas kali sudah, satu pun belum terjawab, mungkin ke-16 memberikan sedikit jawapan yang tidak pasti"

Penindas hebat

Bosan,
Bosan dengan orang yang disebelah,
Bosan dengan diri sendiri,
Bosan dengan keadaan sekeliling yang sama,
Bosan dengan hari yang hampir sama,
Bosan dengan kehadiran rasa lapar yang sama,
Bosan juga dengan perkataan bosan.

Bosan adalah satu fenomena alam yang selalu dipersoalkan oleh manusia. Bosan sering berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan yang sunyi. Keadaan sunyi yang membuatkan dia termenung jauh menembusi jiwa sendiri. Entah kemana pula jiwa dia lari ya. Yang ruginya, mata yang mengantuk. Lebih baik dilelapkan sahaja mata yang bosan itu dengan cerita dodoi zaman dahulu kala. Cerita sang kancil pun bosan juga kerana sudah kerap kali didengari. Kenapalah.

Jul 12, 2011

Tiada Kena Mengena

Moon
Apakah perasaan anda jika seseorang itu menjatuhkan anda ketika anda sedang berseronok dengan kehidupan anda? Orang yang menjatuhkan anda itu pula menunjukkan muka "innocent" yang membuatkan anda rasa menyampah. Di dalam hati "harap orang itu disambar petir".

tiada orang yang sanggup menjatuhkan anda tanpa rasa simpati.

Senyum terbahak-bahak.
Warhol

*Yang tertulis tidak seperti yang ditulis.

Kepersisan Jiwa Fokus

Dulu, tatkala aku bersiul tentang persis,
ada yang berirama tentang tujuan,
tujuan disebalik perkataan,
kini aku sedar tentang sesuatu tentang kepersisan,

Sesuai agaknya,
aku aplikasikannya,
dengan kehidupan yang riuh porak peranda dengan peperangan sendiri,
baru aku merasa keenakkan di kota semalam,
sambil berdiri diam sepertinya dia termenung panjang,

bergelut juga otak aku dibuatnya,
sejujurnya,
aku masih bergetar dengan gerimis kumbang air mata.

izinkan aku bercumbu dengan mimpiku..
Esok hari rabu lepas khamis aku pergi ke sana....
Berjanji dengan ranting.

Jul 7, 2011

I T S

I T S
"It's not about how you speak with someone about what you ask them to do, It is about something that other people have to decide ;on how to show what they really thought about what you really want."


Controlling  to stabilize the under control state.

See "Perseverance"

Long time no see.. how are you ? Good day ^^