Jan 6, 2014

Dengarlah

Langit pun turut sedih dengan gelagat minda seberang sana,
Jangan sampai dia nanggis teresak-esak bagai hujan terus menerus.
Sampai sini saja ya,
Yang lainnya kamu curilah dari masa malam kamu.
Biar minda kamu jumpa kekasih hatimu.
Biar mimpi bawamu ke alam yang nyata.
Tidurlah kalau tidak faham

Jan 3, 2014

Kamu

Kamu.
Berhenti,
Kamu,
Terhenti,
Kamu,
Bulatan seperti telur diamati,
Kamu,
Elok-elok lah berjalan nanti,
Berhenti minum air pun sudah memadai,
Kamu,
Janganlah terlalu letih,
Kamu,
Punya masa yang cukup,
Berdirilah dan teruskan penglihatanmu,
Kerana mereka,
Tidak menunggu kamu dihadapan.
Dan,
Tenggelamkan hibamu dalam-dalam,
Biarlah mata melihat dunia lain,
Gelap gelita pasti memberi cahaya penuh,
Untuk hari esok.