Sep 17, 2021

NFT ART ON PENTAS.IO

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh; 

Semoga semua sihat walafiat serta dilindungi oleh Allah Yang Maha Berkuasa. 


Dalam konten hari ini, saya ingin mempromosikan art yang telah dimuat turun ke dalam aplikasi NFT Pentas.IO.

Inspirasi art yang saya hasilkan datang dari anime kegemaran saya iaitu "Cowboy Bebop".

Sekian terima kasih, saya selitkan link profile pentas dan twitter di bawah. 

Sep 13, 2020

Lo-fi : Vintage Switch



Lo-fi is a music or production quality in which elements usually regarded as imperfections of a recording or performance are audible, sometimes as a deliberate aesthetic choice.

Harmonic distortion and "analog warmth" are sometimes misleadingly suggested as core features of lo-fi music.

Collage Art Compilation ( video )

    
contoh : seni kolaj ( digital )


            Seni kolaj (collage art) ialah teknik untuk menghasilkan seni yang baru dari pelbagai sumber, dan hasil akhirnya bergantung dengan kreativiti minda, pegalaman, imaginasi dan terpulang dengan tema yang ditekan-kan.

Di dalam video di atas, pelbagai teknik seni kolaj digunakan; teknik ini dikategorikan sebagai digital; yang bermaksud seni dihasilkan dari sumber-sumber digital dalam bentuk musik, gambar, video dan sebagainya. 


Sep 8, 2020

Cinta

Cinta, 

Ada yang mempelajarinya,
Ada juga yang menghayatinya,
Ada juga yang mempergunakannya,
Ada juga yang memahaminya dengan dalam,

Dalam keadaan sedar; mungkin juga tidak sedar, 
Lahirlah ego sebagai sifat,

Sekiranya, ada yang memerhatikannya,
Biarlah ia berlalu seperti proses menyesuaikan diri dengan alam semula jadi,
Agar benih sentiasa kelihatan putih; cuma kiasan, 

Sudut sana ada banyak buku,
Mungkin boleh dijadikan bekalan jiwa,
Supaya aman sentiasa,
Mencapai yang tidak pasti kerana kurang keyakinan,

Belajarlah untuk mengajar,
Elakkan kurang, dan elakkan juga lebih,
Sederhana, itu memadai,
Agar manusia selepasmu tidak terluka,
Dan bunga akan terus mekar seperti yang di-impikan oleh Nya. 


Back to Top